Gerakan Belia 4B Malaysia (GB4B) Selangor dan PDRM telah melancarkan Program Banteras Dadah dan Kempen Sayangi Belia bagi tempoh 5 tahun mendatang bermula bulan ini.
Program yang bertujuan untuk mewujudkan masyarakat belia yang cemerlang dari segi minda serta peribadi selain tidak terjerumus dalam kancah jenayah dan dadah.
Menerusi program ini juga PDRM akan memastikan kerjasama bersama GB4B dipertingkatkan dan pertemuan dengan golongan belia dapat diadakan lebih kerap bagi berkongsi pandangan dan buah fikiran.
Sumber: Utusan Malaysia