Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Belasah Wanita Kena Jel Sebat

Published: 21 Aug 2014 1.41 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Melaka, 21 Ogos - Perbuatan kejam seorang lelaki yang memukul seorang wanita menggunakan kayu cota dua tahun lalu sehingga mangsa cedera parah akhirnya terbalas apabila dia dijatuhi hukuman penjara selama enam tahun dan tiga sebatan.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/belasah-wanita-kena-jel-sebat
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 09:35 MYT

Melaka, 21 Ogos - Perbuatan kejam seorang lelaki yang memukul seorang wanita menggunakan kayu cota dua tahun lalu sehingga mangsa cedera parah akhirnya terbalas apabila dia dijatuhi hukuman penjara selama enam tahun dan tiga sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini semalam. 

Hakim Ahmad Sazali Omar menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh K.R. Umashankar, 26, selepas meneliti kesemua keterangan di akhir pembelaan kes prima facie itu. 

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa dengan sengaja menyebabkan cedera parah kepada P. Anjalai, 29 dengan menggunakan suatu alat sebagai senjata yang mungkin menyebabkan kematian iaitu kayu cota hingga menyebabkan kepala mangsa mendapat 38 jahitan dan patah jari telunjuk tangan kiri.

Sumber: Kosmo

Belasah Wanita Kena Jel Sebat
ArticlePublished 21 Aug 2014 1.41 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM