
Artikel
Belanjawan 2025 Pdrm Sambut Baik Pengumuman Peruntukan Belanjawan Tahun 2025
Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyambut baik pengumuman Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim dalam pembentangan peruntukan belanjawan tahun 2025 bagi menin...
Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyambut baik pengumuman Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim dalam pembentangan peruntukan belanjawan tahun 2025 bagi meningkatkan pembangunan ekonomi dalam usaha ke arah perkhidmatan yang boleh merangsang ekonomi rakyat untuk membina masa depan yang lebih berdaya tahan dan inklusif.
Antara ikhtiar dan inisiatif yang diumumkan melibatkan Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan agensi di bawah KDN yang sudah tentu bermatlamat untuk memastikan aspek keselamatan dalam negara termasuk sempadan kekal terpelihara seterusnya menjamin kehidupan rakyat yang aman, harmoni dan sejahtera.
Peruntukan Belanjawan 2025 yang diagihkan kepada KDN sebanyak RM19.5 bilion itu meliputi pembinaan kompleks ibu pejabat polis daerah dan balai polis baharu, pembelian aset khusus PDRM, penglibatan anggota PDRM dalam Program Latihan Khidmat Negara 3.0 serta penyelenggaran kuarters penjawat awam termasuk PDRM bagi memperkasa kesejahteraan taraf hidup dan penyampaian perkhidmatan warga Sang Saka Biru.