Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Belanjawan 2025 Kpn Antara Ketua Agensi Kerajaan Persekutuan Hadir Ke Parlimen

Published: 18 Oct 2024 12.46 PM Updated: 17 Jul 2026 3.33 AM
Kuala Lumpur, 18 Oktober 2024 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain antara ketua jabatan dan agensi Kerajaan Persekutuan yang hadir ke bangunan Parlimen bagi mendengar pembentangan Belanjawan 2025.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/belanjawan-2025-kpn-antara-ketua-agensi-kerajaan-persekutuan-hadir-ke-parlimen
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 14:18 MYT
 
Kuala Lumpur, 18 Oktober 2024 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain antara ketua jabatan dan agensi Kerajaan Persekutuan yang hadir ke bangunan Parlimen bagi mendengar pembentangan Belanjawan 2025.

Selain Tan Sri Razarudin, turut dilihat hadir ke Parlimen petang tadi ialah Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dato’ Sri Shamsul Azri bin Abu Bakar, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz, Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Mohamad Abdul Rahman dan Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN), Datuk Awang Alik Jeman.

Yang turut hadir, Pengarah Jabatan Logistik dan Teknologi, CP Dato' Seri Sahabudin Abd. Manan, Setiausaha Polis Malaysia, SAC Dato’ Kamaruzaman Abdullah serta Ketua Polis Daerah Sentul, ACP Ahmad Sukarno Mohd Zahari.

Pada jam 4.00 petang tadi, Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim merangkap Menteri Kewangan telah membentangkan Belanjawan 2025 yang bertemakan ‘Ekonomi MADANI, Negara Makmur, Rakyat Sejahtera’.

Antara tumpuan Belanjawan 2025 yang diumumkan oleh Dato’ Seri Anwar tadi adalah memperkenalkan beberapa langkah penting untuk merangsang pertumbuhan ekonomi dan mengurangkan bebas kos hidup rakyat.

PDRM pastinya turut mendapat keistimewaan di dalam belanjawan yang diletakkan di bawah KDN dengan peruntukan aset khusus lebih RM2.12 bilion dan tambahan lagi 2.1 bilion untuk pembinaan tiga buah ibu pejabat serta sebuah balai polis baharu.

Jurugambar: Lans Koperal Bryan Mustin

May be an image of 5 people, dais and text

May be an image of 9 people

May be an image of 4 people, dais and text

May be an image of 6 people, wedding and text

May be an image of 8 people and text


ArticlePublished 18 Oct 2024 12.46 PMUpdated 17 Jul 2026 3.33 AM