Bekas Tahanan Ordinan Darurat Terlibat Kes Jenayah Kekerasan
Kuala Lumpur, 16 Julai - Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesan 67 kes jenayah kekerasan yang dilakukan bekas tahanan Ordinan Darurat (EO) sepanjang enam bulan pertama tahun ini.
Ketua
Penolong Pengarah Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Polis
Bukit Aman Datuk Abdul Jalil Hassan berkata angka itu menunjukkan
peningkatan 100 peratus berbanding 33 kes dalam tempoh sama tahun lepas.
"Kami
kesan jenayah kekerasan yang dilakukan bekas tahanan EO meningkat
selepas 2,473 tahanan EO dibebaskan pada Julai tahun lepas setelah
Ordinan Darurat 1969 dimansuhkan pada 2011.
"Antara
jenayah kekerasan yang dilakukan mereka seperti bunuh dan cubaan
membunuh, samun bersenjata, ugutan jenayah termasuk merusuh," katanya
kepada Bernama di sini hari ini.
Beliau
berkata walaupun alamat bekas tahanan EO itu diserahkan kepada polis,
namun tidak ada undang-undang yang memberi kuasa kepada polis untuk
mengarah atau memastikan mereka kekal menetap di alamat berkenaan.
"Selepas dibebaskan, ada antara mereka yang perlu bekerja dan ini memerlukan
mereka berpindah. Apabila ada ruang seperti ini, itulah yang membuatkan
ada dalam kalangan mereka yang kembali melakukan jenayah.
"Mungkin
pada awalnya apabila kita minta ketua-ketua balai melakukan pemeriksaan
sama ada mereka memang tinggal di situ dan tinggal dengan keluarga,"
katanya.
Abdul
Jalil berkata polis hanya boleh memantau dari segi pekerjaan yang
dilakukan selain meminta anggota keluarga mereka memaklumkan kedudukan
mereka kepada pihak polis.
Beliau
juga meminta masyarakat dan badan bukan kerajaan memberi kerjasama
terutama dalam menyalurkan maklumat berkaitan kumpulan-kumpulan yang
sering menimbulkan kekacauan.
"Ini bagi mengelakkan jenayah berkumpulan atau sepertinya merebak dan dapat dibendung di peringkat awal," katanya.
Baru-baru
ini, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata 90
peratus daripada kes jenayah berat, terancang dan berkumpulan dilakukan
oleh bekas banduan yang ditahan di
nawah EO di Simpang Renggam.
Sementara
itu, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata PDRM telah
memberi input dan cadangan kepada Kementerian Dalam Negeri berhubung
penggubalan undang-undang baharu bagi menggantikan EO 1969.
Sumber : BERNAMA