Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Bekas Pejuang Ajak Generasi Muda Bersyukur Dengan Nikmat Kemajuan Negara

Diterbitkan: 29 Aug 2014 9.06 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Alor Setar, 29 Ogos - Seorang bekas pejuang melahirkan rasa bangga dengan pengorbanan yang dicurahkanya bersama rakan-rakannya dalam mempertahankan kedaulatan negara sehingga membolehkan rakyat dapat hidup senang dan tidak susah seperti di zaman dahulu.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/bekas-pejuang-ajak-generasi-muda-bersyukur-dengan-nikmat-kemajuan-negara
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 21:27 MYT


Alor Setar, 29 Ogos - Seorang bekas pejuang melahirkan rasa bangga dengan pengorbanan yang dicurahkanya bersama rakan-rakannya dalam mempertahankan kedaulatan negara sehingga membolehkan rakyat dapat hidup senang dan tidak susah seperti di zaman dahulu.

Pada masa yang sama Datuk Mong Khon a/l MS Dong, 86, meminta generasi muda agar bersyukur dengan nikmat serta kemajuan yang dikecapi negara sejak 57 tahun lalu hasil pengorbanan golongan lama.

"Saya dan rakan-rakan rasa bangga selepas berkorban nyawa untuk faedah kepada negara tercinta. Kita perlu sambut merdeka ini dengan semangat cintakan dan sayangkan negara," kata bekas pegawai polis ini yang berkhidmat dengan pasukan polis dari 1951 hingga 1984.

Begitu terhiris hatinya melihat ancaman daripada luar yang cuba mengeruhkan keamanan negara seperti yang berlaku di Lahad Datu, Sabah hingga mengorbankan nyawa anggota pasukan keselamatan.

"Saya sedih bila lihat penceroboh cuba ceroboh negara ini. Saya banyak pengalaman sebelum ini dalam menghalang dan membanteras komunis dari menjajah negara ini.


"Dalam hati saya ini, saya mahu macam dulu nak turut serta pertahan tanah air dari diceroboh musuh negara," katanya.

Namun beliau berbangga dengan kecekapan dan tindakan anggota pasukan keselamatan dalam menangani isu pencerobohan itu dengan amat berkesan bagi memastikan keamanan kembali stabil.

Beliau yang berkhidmat selama 33 tahun dalam pasukan polis menerima darjah Setia Diraja Kedah (D.S.D.K) yang membawa gelaran Datuk daripada Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah pada Januari lalu.

Beliau turut menulis buku bertajuk 'Thong: God's Patriotic Jungle Cat of 15 Lives' yang diterbitkan pada 2010 yang menceritakan kisah kesukarannya bersama rakan-rakan seperjuangan mempertahankan negara daripada ancaman komunis.

"Dalam buku ini saya turut ceritakan perjuangan dan pengorbanan sebagai anggota polis yang ditugaskan di sempadan Malaysia-Thailand dan bagaimana saya diculik oleh tentera komunis di Sadao, Thailand pada tahun 1976," katanya.

Mong Khon turut menerima pingat Ahli Mangku Negara (AMN), Bintang Perkhidmatan Cemerlang (BCK) Kedah dan Pingat Order of the White Elephant daripada kerajaan Thailand pada 1972.- BERNAMA

ArtikelDiterbitkan 29 Aug 2014 9.06 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM