Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Bayi Patah Tulang Peha Polis Siasat Pengasuh

Diterbitkan: 13 Jun 2018 7.34 AM Dikemas kini: 24 Aug 2026 1.15 PM
SHAH ALAM - Seorang bayi perempuan berusia tiga bulan patah tulang peha kiri ketika dijaga pengasuhnya dalam kejadian di sebuah apartmen di Jalan Parang Seksyen 19 di sini semalam.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/bayi-patah-tulang-peha-polis-siasat-pengasuh
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 17:52 MYT

SHAH ALAM - Seorang bayi perempuan berusia tiga bulan patah tulang peha kiri ketika dijaga pengasuhnya dalam kejadian di sebuah apartmen di Jalan Parang Seksyen 19 di sini semalam.

Kejadian tersebut disedari oleh bapa mangsa berusia 29 tahun apabila mendapati anaknya menangis tidak berhenti sewaktu mengambil di rumah pengasuh tersebut pukul 3.15 petang.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharuddin Mat Taib berkata, bapa mangsa yang curiga perilaku anaknya itu kemudiannya membawa bayi terbabit untuk pemeriksaan di Hospital Shah Alam.

Katanya, bapa mangsa merupakan pembantu perubatan di hospital tersebut manakala ibu mangsa adalah doktor di hospital sama.

"Hasil pemeriksaan termasuk X-ray mendapati tulang peha kiri mangsa telah patah sebelum membuat laporan polis di Balai Polis Sri Muda pukul 1 pagi tadi.

"Sehubungan itu, siasatan lanjut sedang dilakukan terhadap pengasuh berusia awal 30-an sama ada berlaku kecuaian atau penderaan terhadap mangsa," katanya pada sidang akhbar sebentar tadi.

Beliau menambah hasil siasatan awal mendapati mangsa baharu sahaja dua minggu dibawah penjagaan pengasuh terbabit dengan kadar bayaran RM400 sebulan.

Jelasnya, pengasuh terbabit yang telah berkahwin itu diketahui melalui laman sosial Facebook dengan nama Pengasuh Selangor.

"Kes kini disiasat mengikut Seksyen 31(1) (c) Akta Kanak-Kanak 2001," katanya.

-Kosmo

ArtikelDiterbitkan 13 Jun 2018 7.34 AMDikemas kini 24 Aug 2026 1.15 PM