Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Bayi Lelaki Ditemukan Dibuang Di Belakang Rumah Polis

Published: 20 May 2015 10.06 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Kuantan, 20 Mei- Seorang bayi lelaki ditemukan dibuang di belakang sebuah rumah di Taman Datuk Rashid, dekat sini malam tadi, menurut polis.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/bayi-lelaki-ditemukan-dibuang-di-belakang-rumah-polis
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 21:06 MYT

Kuantan, 20 Mei- Seorang bayi lelaki ditemukan dibuang di belakang sebuah rumah di Taman Datuk Rashid, dekat sini malam tadi, menurut polis.

Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Abdul Aziz Salleh berkata bayi seberat lebih dua kilogram itu ditemukan dalam keadaan sihat dengan dibalut sehelai kain kira-kira pukul 12.10 tengah malam oleh orang awam.

Susulan penemuan bayi itu seorang wanita berusia 20-an dipercayai ibu bayi malang itu telah ditahan polis untuk siasatan, katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata hasil soal siasat, wanita itu mengakui menjalin hubungan terlarang dengan teman lelakinya yang tinggal di Chengal Lempong, Beserah, dekat sini.

Katanya, bayi dan wanita itu dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk pemeriksaan kesihatan.

Abdul Aziz berkata kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran.- BERNAMA

ArticlePublished 20 May 2015 10.06 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM