Bayar Rm600 Berhimpit Dalam Bot Pengangkut Barang
PULAU
PINANG – Hajat 43 warga Indonesia pulang ke Aceh tidak kesampaian
selepas ditahan Pasukan Gerakan Marin (PGM) yang melakukan rondaan Op
Papa Tengo di sekitar Pelabuhan Pulau Pinang malam tadi.
Kesemua
yang ditahan sanggup membayar RM600 dan berhimpit-himpit dalam sebuah
bot yang digunakan untuk mengangkut barang tetapi digunakan untuk
menyeludup manusia keluar dari negara ini bagi mengelak prosedur ke luar
negara secara sah.

Sumber : Keratan Akhbar Utusan Malaysia