Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Bawa Pisau Boleh Kena Penjara Jom Baca Penjelasan Di Bawah

Diterbitkan: 11 Dec 2017 1.40 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.48 AM
Ramai menyangka menyimpan atau membawa senjata seperti pisau kecil atau kayu bagi tujuan keselamatan adalah perkara biasa, tanpa menyedari perbuatan itu boleh menyebabkan mereka meringkuk dalam penjara.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/bawa-pisau-boleh-kena-penjara-jom-baca-penjelasan-di-bawah
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 09:57 MYT

Ramai menyangka menyimpan atau membawa senjata seperti pisau kecil atau kayu bagi tujuan keselamatan adalah perkara biasa, tanpa menyedari perbuatan itu boleh menyebabkan mereka meringkuk dalam penjara.

Lebih menyedihkan lagi, masih ramai yang tidak memahami perkara itu dan menyifatkan pihak polis dan pihak pendakwaan bertindak sewenang-wenangnya menahan seseorang individu yang memiliki pisau atau senjata lain dan mendakwanya di mahkamah.

Jom dengan lebih lanjut mengapa individu yang memiliki, membawa atau menyimpan senjata walaupun hanya sebilah pisau kecil tanpa sebab sah dan alasan munasabah termasuk alasan untuk melindungi diri, boleh didakwa di bawah Akta Bahan Kakisan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958, yang boleh dipenjara sehingga 10 tahun dan boleh juga disebat, jika didapati bersalah.

Sumber: Sinar Harian

Bawa Pisau Boleh Kena Penjara Jom Baca Penjelasan Di Bawah
ArtikelDiterbitkan 11 Dec 2017 1.40 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.48 AM