Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Batalion 15 Pga Sandakan Sabah Prihatin Nasib Keluarga Anggota Pga

Diterbitkan: 12 Jun 2014 2.37 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
Tanggal 27 September 2010, Batalion 15 PGA Sandakan Briged Sabah telah dikejutkan dengan kemalangan ngeri yang melibatkan empat orang anggota polis Pasukan Gerakan Am. Kemalangan tersebut telah meragu..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/batalion-15-pga-sandakan-sabah-prihatin-nasib-keluarga-anggota-pga
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 19:58 MYT

Tambunan, Sabah - 20 Julai 2012

Tanggal 27 September 2010, Batalion 15 PGA Sandakan Briged Sabah telah dikejutkan dengan kemalangan ngeri yang melibatkan empat orang anggota polis Pasukan Gerakan Am. Kemalangan tersebut telah meragut empat anggota PGA di Batu 19, jalan Labuk, Sandakan.

Kemalangan berlaku ketika kenderaan pasukan yang dinaiki oleh keempat-empat arwah selepas selesai menjalankan tugas Ops Tayang di Pos Kuala Mamahat. Kemalangan dikatakan berlaku akibat pertembungan kenderaan yang dinaiki dengan sebuah lori triler yang membawa muatan kelapa sawit, batu 32, arah bertentangan.

Hari ini telah berlangsung Penyampaian Cek Pencen Tanggungan yang disampaikan oleh Supritendan Landi Lamat, Pegawai Pemerintah Batalion 15 mewakili YDH SAC Dato Ahmad Marzuki Mohd Saad, Komandan Briged Sabah.

Skim Ex-Gratia bencana kerja merupakan satu skim yang memberi pampasan kepada waris anggota keluarga Anggota Perkhidmatan Awam yang ditimpa bencana semasa melaksanakan tugas rasminya atau semasa dalam perjalan ke tempat tugasnya yang tidak berpunca dari kecuaian atau salah lakunya hingga menyebabkan hilang upaya kekal atau kematian.

Supritendan Landi Lamat, Pegawai Pemerintah Batalion 15 melahirkan rasa penghargaan dan terima kasih kepada Bahagian Pasca Perkhidmatan, Jabatan Perkhidmatan Awam kerana keprihatinan serta inisiatif khusus kepada warga PDRM demi kepentingan para balu dan waris yang kehilangan tempat bergantung. Beliau yakin dengan adanya skim seumpama ini dapat membantu meringankan beban tanggungan para balu dan waris dan beliau berharap usaha murni ini dapat diteruskan.

Hadir sama di dalam majlis penyerahan Cek EX-GRATIA adalah DSP Toipi Lamat, Pegawai Turus Gerakan Briged, ASP Tusib Tulas, Pegawai Turus Komunikasi, Pegawai-pegawai Kanan Polis, Anggota-anggota Polis serta Ahli PERKEP Batalion 15 dan 16 Kota Kinabalu.

Batalion 15 Pga Sandakan Sabah Prihatin Nasib Keluarga Anggota Pga
Ketibaan Ahli PERKEP Batalion 15&16 Kota Kinabalu disambut mesra oleh ahli keluarga

Batalion 15 Pga Sandakan Sabah Prihatin Nasib Keluarga Anggota Pga
Batalion 15 Pga Sandakan Sabah Prihatin Nasib Keluarga Anggota Pga
Antara yang hadir

Batalion 15 Pga Sandakan Sabah Prihatin Nasib Keluarga Anggota Pga
Supritendan Landi Lamat, Pegawai Pemerintah Batalion 15

Batalion 15 Pga Sandakan Sabah Prihatin Nasib Keluarga Anggota Pga
Ahli-ahli PERKEP bergambar kenangan ahli keluarga Allahyarham

Batalion 15 Pga Sandakan Sabah Prihatin Nasib Keluarga Anggota Pga
Bergambar kenangan bersama ahli keluarga Allahyarham

Wartawan/Jurufoto : L/Kpl Fansus Jangor, PGA Briged Sabah

ArtikelDiterbitkan 12 Jun 2014 2.37 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM