Batalion 15 Pga Sandakan Sabah Prihatin Nasib Keluarga Anggota Pga
Tambunan, Sabah - 20 Julai 2012
Tanggal
27 September 2010, Batalion 15 PGA Sandakan Briged Sabah telah
dikejutkan dengan kemalangan ngeri yang melibatkan empat orang anggota
polis Pasukan Gerakan Am. Kemalangan tersebut telah meragut empat
anggota PGA di Batu 19, jalan Labuk, Sandakan.
Kemalangan
berlaku ketika kenderaan pasukan yang dinaiki oleh keempat-empat
arwah selepas selesai menjalankan tugas Ops Tayang di Pos Kuala Mamahat.
Kemalangan dikatakan berlaku akibat pertembungan kenderaan yang dinaiki
dengan sebuah lori triler yang membawa muatan kelapa sawit, batu 32,
arah bertentangan.
Hari
ini telah berlangsung Penyampaian Cek Pencen Tanggungan yang
disampaikan oleh Supritendan Landi Lamat, Pegawai Pemerintah Batalion 15
mewakili YDH SAC Dato Ahmad Marzuki Mohd Saad, Komandan Briged Sabah.
Skim
Ex-Gratia bencana kerja merupakan satu skim yang memberi pampasan
kepada waris anggota keluarga Anggota Perkhidmatan Awam yang ditimpa
bencana semasa melaksanakan tugas rasminya atau semasa dalam perjalan ke
tempat tugasnya yang tidak berpunca dari kecuaian atau
salah lakunya hingga menyebabkan hilang upaya kekal atau kematian.
Supritendan
Landi Lamat, Pegawai Pemerintah Batalion 15 melahirkan rasa penghargaan
dan terima kasih kepada Bahagian Pasca Perkhidmatan, Jabatan
Perkhidmatan Awam kerana keprihatinan serta inisiatif khusus kepada
warga PDRM demi kepentingan para balu dan waris yang kehilangan tempat
bergantung. Beliau yakin dengan adanya skim seumpama ini dapat membantu
meringankan beban tanggungan para balu dan waris dan beliau berharap
usaha murni ini dapat diteruskan.
Hadir
sama di dalam majlis penyerahan Cek EX-GRATIA adalah DSP Toipi Lamat,
Pegawai Turus Gerakan Briged, ASP Tusib Tulas, Pegawai Turus Komunikasi,
Pegawai-pegawai Kanan Polis, Anggota-anggota Polis serta Ahli PERKEP
Batalion 15 dan 16 Kota Kinabalu.

Ketibaan Ahli PERKEP Batalion 15&16 Kota Kinabalu disambut mesra oleh ahli keluarga


Antara yang hadir

Supritendan Landi Lamat, Pegawai Pemerintah Batalion 15

Ahli-ahli PERKEP bergambar kenangan ahli keluarga Allahyarham

Bergambar kenangan bersama ahli keluarga Allahyarham
Wartawan/Jurufoto : L/Kpl Fansus Jangor, PGA Briged Sabah