Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Barisan Kepimpinan Tertinggi Pdrm Hadiri Khutbah Khas Dan Solat Jumaat Sempena Hari Keputeraan Rasmi Yang Di Pertuan Agong

Published: 29 May 2026 11.06 AM Updated: 24 Aug 2026 11.12 AM
Kuala Lumpur, 29 Mei 2026 – Barisan kepimpinan tertinggi Polis Diraja Malaysia (PDRM) hadir mengimarahkan Masjid Negara tengah hari tadi bagi Majlis Khutbah Khas dan Solat Jumaat sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/barisan-kepimpinan-tertinggi-pdrm-hadiri-khutbah-khas-dan-solat-jumaat-sempena-hari-keputeraan-rasmi-yang-di-pertuan-agong
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 22:54 MYT
Kuala Lumpur, 29 Mei 2026 – Barisan kepimpinan tertinggi Polis Diraja Malaysia (PDRM) hadir mengimarahkan Masjid Negara tengah hari tadi bagi Majlis Khutbah Khas dan Solat Jumaat sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.

Kepimpinan Pasukan yang diketuai oleh Ketua Polis Negara (KPN), IG Dato’ Seri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail bersama Timbalan KPN, DIG Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay mendengar khutbah khas bertajuk “Dirgahayu Tuanku: Amanah Raja, Tanggungjawab Rakyat” yang disampaikan oleh Imam Masjid Negara, Ustaz Hassan Alfadhli Abdul Rahman.

Antara inti pati khutbah termasuk penekanan terhadap kepentingan perpaduan, kepercayaan serta hubungan erat antara rakyat dan kepimpinan dalam memastikan kesejahteraan negara terus terpelihara.

Umat Islam juga diseru agar memperkukuh ketakwaan kepada Allah SWT, memelihara adab terhadap kepimpinan serta menghargai institusi Raja Berperlembagaan yang menjadi payung agama dan simbol perpaduan rakyat di negara ini.

Majlis berlangsung dalam suasana tertib dan penuh penghayatan, selaras dengan objektif penganjuran bagi menyemarakkan rasa syukur serta kecintaan kepada institusi diraja dan negara.

Jurugambar: Lans Koperal Bryanlie Mustin dan Lans Koperal Syed Muhammad Hafiz Syed Alwi

May be an image of one or more people and text

May be an image of one or more people, crowd and text that says 'amvien am OPDR OMIN'

May be an image of one or more people and text

May be an image of text

May be an image of one or more people and text
ArticlePublished 29 May 2026 11.06 AMUpdated 24 Aug 2026 11.12 AM