Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Bapa Tiga Anak Ditahan Bersama Heroin

Diterbitkan: 03 Oct 2015 3.59 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Seorang lelaki berusia 49 tahun yang merupakan bapa kepada tiga anak ditahan bersama 17 gram heroin dan pelbagai barang kemas bernilai RM24,950 di persimpangan lampu isyarat berhampiran Pusat Jualan Perodua Wakaf Che Yeh, Kota Bharu, kelmarin.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/bapa-tiga-anak-ditahan-bersama-heroin
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 06:39 MYT

Seorang lelaki berusia 49 tahun yang merupakan bapa kepada tiga anak ditahan bersama 17 gram heroin dan pelbagai barang kemas bernilai RM24,950 di persimpangan lampu isyarat berhampiran Pusat Jualan Perodua Wakaf Che Yeh, Kota Bharu, kelmarin.

Dalam kejadian pukul 1.40 pagi itu, suspek yang menunggang motosikal itu dilihat mencurigakan di Jalan Sultan Yahya Petra dan cuba melarikan diri apabila polis mengarahkannya berhenti.

Bagaimanapun suspek berjaya diberkas selepas motosikalnya terbabas.

Sumber : Kosmo
Bapa Tiga Anak Ditahan Bersama Heroin

ArtikelDiterbitkan 03 Oct 2015 3.59 PMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM