Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Bapa Dan Dua Anak Lelaki Ditahan Kerana Miliki Heroin Di Kua

Published: 16 Jun 2014 3.14 AM Updated: 17 Jul 2026 11.46 AM
Seorang bapa dan dua anak lelakinya ditahan di sebuah rumah di Jalan Kuala Kedah dekat sini kerana memiliki 26 paket heroin seberat 79.7 gram bernilai RM8,000 pada Rabu..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/bapa-dan-dua-anak-lelaki-ditahan-kerana-miliki-heroin-di-kua
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 02:32 MYT
ALOR SETAR, 12 Januari 2011 (Bernama)

Seorang bapa dan dua anak lelakinya ditahan di sebuah rumah di Jalan Kuala Kedah dekat sini kerana memiliki 26 paket heroin seberat 79.7 gram bernilai RM8,000 pada Rabu.

Si bapa berumur 58 tahun sementara anak-anaknya berumur 22 dan 23 tahun yang kesemua mereka merupakan penagih dadah.

Yang turut ditahan bersama anak-beranak ini ialah seorang kawan mereka yang berusia 23 tahun.

Menurut Pemangku Ketua Polis Daerah Alor Setar, Supt Baharom Abu, mereka ditahan kira-kira 2.15 petang dalam operasi yang diketuai oleh Insp Norhidayah Yahya.

"Ketika serbuan, suspek-suspek yang dalam keadaan khayal sedang melakukan kerja-kerja pembungkusan dadah di ruang tamu rumah itu untuk diedarkan.

"Keempat-empat suspek yang bekerja sebagai peniaga kedai makanan dan nelayan telah menjalankan aktiviti pengedaran dadah sejak empat tahun lalu di sekitar Kuala Kedah dengan memperoleh bekalan dadah dari Pulau Pinang," kata Baharom.

Dalam satu lagi serbuan Selasa lepas di sebuah rumah di Jalan Putra di sini, polis merampas pula heroin seberat 33.4 gram bernilai RM4,000 daripada seorang pembantu kedai makan berumur 35 tahun.

Heroin tersebut disorok dalam kasut lama yang diletakkan di luar rumah berkenaan.

"Suspek yang menyedari kehadiran polis telah melempar kasut tersebut dan cuba melarikan diri namun dia berjaya ditahan polis," kata Baharom.

Serbuan pukul 6 petang itu atas maklumat orang ramai diketuai oleh Insp Hisham Abd Hamid.

Kesemua kelima-lima suspek direman selama seminggu bermula Rabu dan pada Khamis siasatan dijalankan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952, yang jika sabit kesalahan boleh membawa hukuman mati mandatori, kata Baharom.
ArticlePublished 16 Jun 2014 3.14 AMUpdated 17 Jul 2026 11.46 AM