Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Bantuan Polis Kita

Published: 05 Jan 2015 4.59 PM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Pasukan Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) mempunyai kepakaran dan pengalaman menghadapi situasi bencana turut menghulurkan bantuan membantu pasukan Pengecaman Mangsa Bencana (DVI) dalam insiden pesawat AirAsia Indonesia QZ8501.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/bantuan-polis-kita
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 11:19 MYT
Pasukan Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) mempunyai kepakaran dan pengalaman menghadapi situasi bencana turut menghulurkan bantuan membantu pasukan Pengecaman Mangsa Bencana (DVI) dalam insiden pesawat AirAsia Indonesia QZ8501. 

Pasukan itu terdiri daripada lapan orang diketuai Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Forensik, Data Bank DNA/ Perancangan Strategik Bukit Aman Senior Komisioner Narenasegaran tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Juanda jam 11.27 pagi, semalam. 

Malah, beliau bersama seorang pegawai dihantar dalam misi pengecaman mangsa nahas semalam untuk melihat lebih dekat proses pengecaman dijalankan. 

Mereka ini pernah membantu Indonesia ketika menghadapi tsunami 10 tahun lalu, menyiasat insiden Lahad Datu dan pernah mengikuti siasatan MH17 di Ukraine dan Amsterdam, Belanda. 

Sumber: Harian Metro

Bantuan Polis Kita
ArticlePublished 05 Jan 2015 4.59 PMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM