Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Bantuan Banjir Warga Polis Di Kelantan

Published: 03 Jan 2015 4.59 PM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
SEPANG - Atas rasa tanggungjawab, keprihatinan dan sokongan moral terhadap anggota polis dan keluarga yang terlibat banjir di Kelantan, sebanyak 10 tan barang keperluan dihantar ke beberapa daerah bagi meringankan beban. Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Mohd Yusoff Awang berkata, tanggungjawab ini perlu bagi meringankan beban yang dipikul anggota-anggota polis yang bertugas, selain keluarga mereka yang t
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/bantuan-banjir-warga-polis-di-kelantan
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 15:32 MYT
SEPANG - Atas rasa tanggungjawab, keprihatinan dan sokongan moral terhadap anggota polis dan keluarga yang terlibat banjir di Kelantan, sebanyak 10 tan barang keperluan dihantar ke beberapa daerah bagi meringankan beban. 

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Mohd Yusoff Awang berkata, tanggungjawab ini perlu bagi meringankan beban yang dipikul anggota-anggota polis yang bertugas, selain keluarga mereka yang terlibat teruk dalam bencana banjir. 

Menurutnya, barang keperluan yang dihantar adalah hasil sumbangan IPD Sepang, badan bukan kerajaan (NGO) dan orang awam. 

"Seramai 40 peserta terlibat termasuk lapan pegawai dari IPD Sepang dengan kerjasama Sepang Bikers Qub menaiki 13 pacuan empat roda serta sebuah lori.

"Kita akan menghantar barang ini ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gua Musang, Kuala Krai dan Machang," katanya kepada media selepas majlis pelepasan misi bantuan tersebut di IPD Sepang, semalam. 

Beliau berkata, pihaknya menzahirkan rasa sedih dan simpati atas kesusahan yang mereka alami semasa dan selepas banjir.

Sumber: Akhbar Sinar Harian


Bantuan Banjir Warga Polis Di Kelantan
ArticlePublished 03 Jan 2015 4.59 PMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM