Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Banjir Di Pahang Polis Marin Selamatkan Mangsa Terperangkap

Published: 03 Jan 2018 2.50 AM Updated: 17 Jul 2026 11.48 AM
Kuantan, 3 Januari 2018 - Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Tiga berjaya menyelamatkan seorang mangsa banjir yang terperangkap di Ladang Mentiga berdekatan kawasan Sungai Lembing, di sini, hari ini.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/banjir-di-pahang-polis-marin-selamatkan-mangsa-terperangkap
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 20:00 MYT

Kuantan, 3 Januari 2018 - Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Tiga berjaya menyelamatkan seorang mangsa banjir yang terperangkap di Ladang Mentiga berdekatan kawasan Sungai Lembing, di sini, hari ini.

Pemangku Komander PPM Wilayah Tiga, Superintendan Mohamad Pajeri Ali berkata, pasukannya bersama anggota Balai Polis Sungai Lembing memantau keadaan banjir dan membuat lawatan ke atas mangsa banjir di pusat penempatan banjir, Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Lembing.

"Semasa pemantauan dijalankan, kami mendapati seorang mangsa warga asing sedang terperangkap di kawasan berkenaan dan kelihatan tenat.

"Mangsa diselamatkan dan dihantar ke Klinik Kesihatan Panching untuk pemeriksaan lanjut," katanya.

Menurut beliau, pasukannya sentiasa membuat pemantauan paras air Sungai Lembing dan menasihatkan orang ramai tentang keselamatan semasa menghadapi banjir.

"Kami bersiap siaga memberi sebarang bantuan kepada mangsa banjir apabila diperlukan kerana pasukan kami berkampung di Balai Polis Sungai Lembing bermula semalam," jelas beliau.

Banjir Di Pahang Polis Marin Selamatkan Mangsa Terperangkap
ArticlePublished 03 Jan 2018 2.50 AMUpdated 17 Jul 2026 11.48 AM