Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Bangunan Ipk Perak Dan Ipd Ipoh Dibina Dalam Tempoh Terdekat

Published: 23 Dec 2014 2.48 PM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Ipoh, 23 Dis - Bangunan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak dan dua Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh yang baharu akan dibina dalam tempoh terdekat, kata Pengarah Jabatan Pengurusan Polis Diraja Malaysia Bukit Aman Datuk Seri Mohamad Fuzi Harun.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/bangunan-ipk-perak-dan-ipd-ipoh-dibina-dalam-tempoh-terdekat
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 10:23 MYT
Ipoh, 23 Dis - Bangunan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak dan dua Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh yang baharu akan dibina dalam tempoh terdekat, kata Pengarah Jabatan Pengurusan Polis Diraja Malaysia Bukit Aman Datuk Seri Mohamad Fuzi Harun.

Beliau berkata IPK baharu itu akan dibina di Bandar Meru Raya, Jelapang manakala IPD Ipoh masing-masing dibina di Ipoh Garden dan Bandar Meru Raya.

"IPD Ipoh dipecahkan kepada dua daerah iaitu IPD Ipoh Timur dan IPD Ipoh Barat. Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah meluluskan peruntukan pembinaan itu dan ia akan dilaksanakan dalam tempoh terdekat," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyaksikan majlis serah terima tugas Ketua Polis Perak antara Pemangku Ketua Polis Perak Datuk A. Paramasivam dan Ketua Polis Perak baharu Datuk Osman Salleh di Bilik Mesyuarat Utama Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak di sini, hari ini.

Beliau berkata pembinaan dua IPD itu menjadikan Perak mempunyai 17 buah IPD berbanding 15 IPD sebelum ini.

Mohamad Fuzi berkata pembinaan kedua-dua IPD baharu itu akan dapat meningkatkan mutu perkhidmatan polis bagi memenuhi keperluan penduduk di bandar raya berkenaan.

"Kita jangkakan (pembinaan) sekurang-kurangnya akan memakan masa dua atau tiga tahun, itu pun kalau semua berjalan dengan lancar," katanya.

Selain di Perak, terdapat juga pembinaan IPD baharu seperti di Kuala Nerus, Terengganu iaitu pecahan daripada IPD Kuala Terengganu, di Sabah dekat Inanam iaitu pecahan daripada IPD Kota Kinabalu.

"Kemungkinan ada permohonan baharu akan dikemukakan tahun depan. Masih dalam peringkat perancangan, sekarang ini empat (IPD) merupakan keutamaan kami," katanya. - BERNAMA
ArticlePublished 23 Dec 2014 2.48 PMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM