Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Banduan Dipenjara Lapan Tahun Dan Dua Sebatan Tetak Lelaki G

Published: 18 Jun 2014 2.56 AM Updated: 15 Aug 2026 7.38 PM
Shah Alam, 23 Okt - Seorang lelaki yang sedang menjalani hukuman penjara tiga setengah tahun atas kesalahan samun berkumpulan, hari ini dijatuhi hukuman penjara lapan tahun dan dua sebatan oleh Mahkam..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/banduan-dipenjara-lapan-tahun-dan-dua-sebatan-tetak-lelaki-g
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 07:09 MYT

Shah Alam, 23 Okt - Seorang lelaki yang sedang menjalani hukuman penjara tiga setengah tahun atas kesalahan samun berkumpulan, hari ini dijatuhi hukuman penjara lapan tahun dan dua sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini selepas mengaku bersalah menetak seorang bekas operator pengeluaran menggunakan parang, tiga tahun lepas.

Hakim Datuk Noradidah Ahmad memerintahkan G.Danesh Kumar, 21, menjalani hukuman itu berkuat kuasa dari tarikh dia ditangkap pada 13 Ogos 2010. Ketika menjatuhkan hukuman Noradidah turut menasihati tertuduh supaya mengubah sikap apabila dibebaskan dari penjara kelak.

"Awak anak muda, jangan sia-siakan umur awak...di penjara nanti buat yang terbaik supaya bila keluar nanti awak jadi orang berguna," katanya kepada tertuduh yang hanya menundukkan kepalanya.

Danesh Kumar didakwa menyebabkan kecederaan parah ke atas Rudy Amin, 26, dengan menetak mangsa menggunakan sebilah parang di Blok D, Pangsapuri Valencia, Jalan Tokoh 25/28, Taman Sri Muda, Seksyen 25 di sini, antara 9.30 malam dan 10.10 malam pada 24 Julai 2010.
 
Sumber : BERNAMA

ArticlePublished 18 Jun 2014 2.56 AMUpdated 15 Aug 2026 7.38 PM