Balu Allahyarham Koperal Razakan Seran, Setinurafeni Andu dan ibunya, Subarah Jili hari ini menerima sumbangan dari kerajaan Malaysia sebagai menghargai jasa Allahyarham yang terkorban dalam nahas helikopter ketika bertugas pada 4 April lalu di Semenyih, Selangor.
Sumbangan kepada kepada Setinurafeni, 30, dan Subarah, 69, disampaikan oleh Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam, Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal di kediaman ibu Allahyarham di Kampung Saradan, Tenghilan, di sini hari ini.
Ia berupa imbuhan termasuk kemudahan yang diperoleh di bawah Akta Pencen Perkhidmatan Awam termasuk gratuiti selama Allahyarham bertugas lebih kurang 11 tahun, bayaran gantian cuti rehat dan juga pencen terbitan.
Sumber : Utusan Malaysia