Artikel
Balak Haram Bernilai Rm90 000 Dirampas
Polis Marin Wilayah 5 berjaya merampas sebanyak 253 batang kayu balak bernilai RM90,000 di kawasan Loba Samareng, Tanjung Manis, awal pagi tadi.
Tanjung Manis, 24 Ogos - Polis Marin Wilayah 5 berjaya merampas sebanyak 253 batang kayu balak bernilai RM90,000 di kawasan Loba Samareng, Tanjung Manis, awal pagi tadi.
Komander Pasukan Polis Marin Wilayah Lima, ACP Kalai Chelvan A/L Nadarajan berkata pemeriksaan ke atas sebuah kem pembalakan oleh pasukannya semasa menjalankan Ops Pensura berjaya merampas 253 batang kayu balak pelbagai jenis dan saiz.
“Polis percaya balak tersebut disyaki diperoleh secara haram tanpa mendapat kebenaran Jabatan Perhutanan Sarawak,” katanya lagi.
Hasil rampasan diserahkan kepada Jabatan Perhutanan Sarikei, Sarawak untuk tindakan lanjut.