Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Balak Haram Bernilai Rm8 000 Dirampas

Published: 04 Sep 2014 4.03 PM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Lima merampas balak haram pelbagai jenis dan saiz bernilai RM8,000 di kawasan Bukit Lan, dekat sini, pagi tadi.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/balak-haram-bernilai-rm8-000-dirampas
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 04:01 MYT
Sibu, 4 Sept - Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Lima merampas balak haram pelbagai jenis dan saiz bernilai RM8,000 di kawasan Bukit Lan, dekat sini, pagi tadi. 

Komander PPM Wilayah Lima, ACP Kalai Chelvan A/L Nadarajan berkata dalam Op Cantas Khas itu pihaknya turut menahan dua pekerja warga tempatan bagi membantu siasatan.

“Ketika diperiksa, kedua-dua pekerja tersebut gagal mengemukakan dokumen kebenaran daripada Jabatan Perhutanan Sarawak bagi menjalankan aktiviti pembalakan. 

"PPM turut merampas sebuah jengkaut dan seunit gergaji rantai dalam operasi itu," katanya. 

Katanya, semua hasil rampasan yang dianggarkan berjumlah RM98,800 diserahkan kepada Jabatan Perhutanan Sarawak Bahagian Sibu untuk tindakan lanjut.

Balak Haram Bernilai Rm8 000 Dirampas
ArticlePublished 04 Sep 2014 4.03 PMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM