Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Balai Polis Petaling Brickfields Johan Dua Kali Berturut Turut

Diterbitkan: 10 Jun 2014 7.00 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
Kejayaan menyahut cabaran kerajaan melalui Bidang Keberhasilan Utama Negara, mengurangkan Jenayah Indeks dan Jenayah Jalanan menjelang akhir tahun 2010, saya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan ke..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/balai-polis-petaling-brickfields-johan-dua-kali-berturut-turut
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 04:54 MYT

Petaling Jaya - 23 Disember 2010.

"Kejayaan menyahut cabaran kerajaan melalui Bidang Keberhasilan Utama Negara, mengurangkan Jenayah Indeks dan Jenayah Jalanan menjelang akhir tahun 2010, saya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua Pesuruhjaya Polis dan Ketua Polis Negeri beserta anak-anak buahnya yang telah menyahut cabaran itu dengan cemerlang dan jayanya",  kata semangat dan penuh perangsang oleh YDH Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara semasa Majlis Penganugerahan Balai League Table Siri 2/2010 dan 3/2010, di Grand Ballroom, Hotel Eastin, Petaling Jaya pagi ini.

Balai League Table (BLT) merupakan pertandingan untuk menentukan Balai Polis cemerlang yang ditumpukan kepada dua elemen utama iaitu kemampuan balai untuk menurunkan kadar Jenayah Indeks dan inisiatif balai untuk melaksanakan penambahbaikan dalam aktiviti pencegahan jenayah.

Sebanyak 29 inisiatif  yang  diperuntukkan  di bawah  NKRA pertama iaitu mengurangkan jenayah bagi mewujudkan persekitaran yang selamat tidak lain dan tidak bukan adalah bertujuan untuk membudayakan amalan urus tadbir terbaik atau good governance dalam usaha mempertingkatkan sistem penyampaian perkhidmatan sektor awam.  Terdapat pelbagai bentuk inisiatif dari perspektif integrasi nasional seperti aktiviti kepolisan masyarakat atau tindakan "merakyatkan" polis, kesepaduan tindakan inter agensi sektor awam, kolaborasi sektor swasta dan polis serta kepuasan pelanggan. 

Kemuncak kepada usaha-usaha ini adalah anugerah Balai League Tables yang mengambil kira kejayaan pengurangan  jenayah dalam tempoh-tempoh yang ditetapkan.  Kejayaan sesebuah balai mengurangkan   jenayah  secara tidak langsung memberikan  gambaran bahawa PDRM telah berjaya mendekatkan diri kepada masyarakat dalam mewujudkan persekitaran yang selamat.

Sebanyak 753 buah Balai Polis di seluruh negara telah menjalani proses penilaian dan diberikan ranking dalam setiap empat (4) bulan, berasaskan kepada tahap purata Jenayah Indeks bagi tiga (3) bulan pertama dan juga peratus penambahbaikan yang dicapai dalam menurunkan kadar jenayah bagi bulan seterusnya.

Kesemua Balai-balai Polis tersebut akan dibahagikan kepada 5 kategori yang sedia ada iaitu Balai Polis kategori A, B, C, D dan E. Pembahagian kategori adalah berasaskan faktor-faktor seperti :-

Populasi Penduduk - Wajaran 30%

Kawasan Pentadbiran - Wajaran 10%

Jumlah Lapaoran Setahun - Wajaran 10%

Beban Jenayah - Wajaran 20%

Beban Dadah - Wajaran 5%

Kes Trafik - Wajaran 10%

Jumlah IPTA/IPTS/SEK - Wajaran 5%

Jumlah Sektor - Wajaran 10%

Di majlis tersebut YDH Ketua Polis Negara telah menyampaikan hadiah kepada pemenang-pemenang. Keputusan pemenang bagi Balai League Table siri 2/2010 (Mei-Ogos) dan siri 3/2010 (September-November) adalah seperti berikut :-

BLT PDRM SIRI 2/2010 (MEI - OGOS)

KATEGORI BALAI

TEMPAT PERTAMA

TEMPAT KEDUA

TEMPAT KETIGA

A

BP Petaling, Brickfields Kuala Lumpur (H)

BP Jalan Dang Wangi,

Dang Wangi Kuala Lumpur

BP Cheras, Cheras Kuala Lumpur

B

BP Pandamaran, Klang Selangor

BP Chukai Kemaman, Terengganu

BP Seberang Jaya, Seberang Perai Tengah Pulau Pinang

C

BP Luyang, Kota Kinabalu Sabah

BP Bukit Sentosa, Hulu Selangor, Selangor

BP Bedong, Kuala Muda, Kedah

D

BP Batang Kali, Hulu Selangor, Selangor

BP Air Hitam, Jempol, Negeri Sembilan

BP Putatan, Penampang, Sabah

E

BP Changkat Jering, Taiping, Perak

BP Aulong, Taiping, Perak

BP Bukit Indah, Nusa Jaya, Johor (H)

 

BLT PDRM SIRI 3/2010 (SEPTEMBER-NOVEMBER)

KATEGORI BALAI

TEMPAT PERTAMA

TEMPAT KEDUA

TEMPAT KETIGA

A

BP Petaling, Brickfields Kuala Lumpur (H)

BP BAtu 9 Cheras, Kajang, Selangor Lumpur

BP Jinjang Sentul, Kuala Lumpur

B

BP Seberang Jaya, Seberang Perai Tengah Pulau Pinang

BP Chabang Tiga, Kuala Terengganu, Terengganu

BP Pandamaran, Klang Selangor

C

BP Kg Tawas, Ipoh Perak

BP Jelapang, Ipoh, Perak

BP Bachok, Bachok, Kelantan

D

BP Batu Arang, Gomabak, Selangor

BP Manir, Kuala Terengganu, Terengganu

BP Bunut Susu, Pasir Mas, Kelantan

E

BP Chendering, Kuala Terengganu, Terengganu

BP Air Hangat, Langkawi, Kedah

BP Kuala Teriang, Langkawi, Kedah


Hadir di majlis anugerah ini ialah YDH DIG Datuk Hussin bin Hj Ismail, Timbalan Ketua Polis Negara,
YDH CP Dato' Robiah binti Abdul Ghani, Pengarah Pengurusan merangkap Penaung Initiative 12 Balai League Table NKPI 3.2 Increase Public Satisfaction On Police Performance, Y.Bhg Timbalan-timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, YDH Dato'-Dato' Pengarah PDRM, Dato'-Dato' Pesuruhjaya dan Ketua-Ketua Polis Negeri, Ketua-ketua Polis Daerah, Ketua-ketua Polis Balai serta Pegawai-pegawai Kanan dan tetamu jemputan.

"Laksanakan amanah dan tanggung jawab dengan mengamalkan sikap benar dan ikhlas melalui pendekatan protective dan proaktif serta mengembalikan kepercayaan pucuk pimpinan negara dengan meghasilkan out come yang tinggi sebagaimana yang diharapkan", antara ucapan oleh YDH ketua Polis Negara.

Beliau juga berharap kejayaan ini menjadi perangsang kepada warga kerja balai yang lain untuk mempamerkan kecemerlangan pada tahun hadapan dan terus mengekalkan prestasi terbaik ini demi memenuhi tuntutan tanggung jawab terhadap pembangunan negara secara keseluruhannya.  

Balai Polis Petaling Brickfields Johan Dua Kali Berturut Turut
Ucapan aluan oleh YDH CP Dato' Robiah binti Abdul Ghani, Pengarah Pengurusan merangkap Penaung Initiative 12 Balai League Table NKPI 3.2 Increase Public Satisfaction On Police Performance

Balai Polis Petaling Brickfields Johan Dua Kali Berturut Turut
Ucapan Perasmian oleh YDH IG Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara

Balai Polis Petaling Brickfields Johan Dua Kali Berturut Turut
Balai Polis Petaling, Brickfields berjaya merangkul tempat pertama bagi Kategori Balai A, Siri 2/2010 dan membawa pulang RM90,000.00

Balai Polis Petaling Brickfields Johan Dua Kali Berturut Turut
Juara Kategori Balai D, Siri 2/2010,  Balai Polis Batang Kali, Hulu Selangor, Selangor


Balai Polis Petaling Brickfields Johan Dua Kali Berturut Turut
Balai Polis Pandamaran Klang, Selangor, Juara Kategori Balai B Siri 2/2010 (Mei-Ogos) dan tempat Ketiga Kategori Balai B Siri 3/2010 (Sept - Nov)

Balai Polis Petaling Brickfields Johan Dua Kali Berturut Turut
Juara Kategori Balai D Siri 3/2010, Balai Polis Baru Arang, Gombak Selangor

Balai Polis Petaling Brickfields Johan Dua Kali Berturut Turut

Balai Polis Luyang, Kota Kinabalu, Sabah, Juara Kategori C, Siri 2/2010

Balai Polis Petaling Brickfields Johan Dua Kali Berturut Turut
Balai Polis Chendering, Kuala Terengganu, Juara Kategori Balai E, Siri 3/2010

Balai Polis Petaling Brickfields Johan Dua Kali Berturut Turut
Balai Polis Changkat Jering, Taiping, Perak, Juara Kategori Balai E, Siri 2/2010

Balai Polis Petaling Brickfields Johan Dua Kali Berturut Turut
dari Pulau Langkawi...Tempat Kedua Kategori Balai E, Balai Polis Air Hangat dan tempat Ketiga Kategori Balai E, Balai Polis Kuala Teriang, Siri 3/2010

Balai Polis Petaling Brickfields Johan Dua Kali Berturut Turut
Dari Kontinjen Sabah...Balai Polis Luyang, Kota Kinabalu, Juara Kategori Balai C dan Balai Polis Putatan, Penampang, tempat Ketiga Kategori Balai D.

Balai Polis Petaling Brickfields Johan Dua Kali Berturut Turut
Kontinjen Perak...Balai Polis Changkat Jering, Taiping, Juara Kategori Balai E, balai Polis Aulong, taiping, Kedua kategori Balai E, Siri 2/2010, Balai Polis Kg Tawas, Ipoh, Juara Kategori Balai C dan Balai Polis Jelapang, Ipoh, Kedua Kategori Balai C, Siri 3/2010

Balai Polis Petaling Brickfields Johan Dua Kali Berturut Turut
Balai Polis Perai, Seberang Perai Tengah, Juara Kategori Balai B Siri 3/2010 dan Balai Polis Seberang Jaya, Seberang Perai Tengah, tempat Ketiga Kategori Balai B, Siri 2/2010.

Balai Polis Petaling Brickfields Johan Dua Kali Berturut Turut
Balai Polis Petaling, Brickfields, Kuala Lumpur, dibawah kepimpinan Inspektor Mohd Sail bin Hassan  (dua dari kanan) telah berjaya menjuarai Kategori Balai A bagi Siri 2/2010 dan Siri 3/2010, merangkul hadiah RM 181,000.00, bergambar kenangan bersama Ketua Polis Kuala Lumpur dan Ketua Polis Daerah Brickfields.

Jurufoto      : Sjn Zaiddin bin Dahalan
                          L/Kpl Aslam Syir Khan
Wartawan   : Insp Haslina bt. Mohd Nor
                          Konst Irfan bin Bujang
Penyunting : DSP Lai Lee Ching

ArtikelDiterbitkan 10 Jun 2014 7.00 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM