Balai Polis Petaling Brickfields Johan Dua Kali Berturut Turut
Petaling Jaya - 23 Disember 2010.
"Kejayaan menyahut cabaran kerajaan melalui Bidang Keberhasilan Utama
Negara, mengurangkan Jenayah Indeks dan Jenayah Jalanan menjelang akhir
tahun 2010, saya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua
Pesuruhjaya Polis dan Ketua Polis Negeri beserta anak-anak buahnya yang
telah menyahut cabaran itu dengan cemerlang dan jayanya", kata semangat
dan penuh perangsang oleh YDH Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua
Polis Negara semasa Majlis Penganugerahan Balai League Table Siri 2/2010
dan 3/2010, di Grand Ballroom, Hotel Eastin, Petaling Jaya pagi ini.
Balai
League Table (BLT) merupakan pertandingan untuk menentukan Balai Polis
cemerlang yang ditumpukan kepada dua elemen utama iaitu kemampuan balai untuk
menurunkan kadar Jenayah Indeks dan inisiatif balai untuk melaksanakan
penambahbaikan dalam aktiviti pencegahan jenayah.
Sebanyak 29 inisiatif yang diperuntukkan di bawah NKRA pertama iaitu mengurangkan jenayah bagi mewujudkan persekitaran yang selamat tidak lain dan tidak bukan adalah bertujuan untuk membudayakan amalan urus tadbir terbaik atau good governance dalam usaha mempertingkatkan sistem penyampaian perkhidmatan sektor awam. Terdapat pelbagai bentuk inisiatif dari perspektif integrasi nasional seperti aktiviti kepolisan masyarakat atau tindakan "merakyatkan" polis, kesepaduan tindakan inter agensi sektor awam, kolaborasi sektor swasta dan polis serta kepuasan pelanggan.
Kemuncak kepada usaha-usaha ini adalah anugerah Balai League Tables yang mengambil kira kejayaan pengurangan jenayah dalam tempoh-tempoh yang ditetapkan. Kejayaan sesebuah balai mengurangkan jenayah secara tidak langsung memberikan gambaran bahawa PDRM telah berjaya mendekatkan diri kepada masyarakat dalam mewujudkan persekitaran yang selamat.
Sebanyak 753 buah Balai Polis di seluruh negara telah menjalani proses penilaian dan diberikan ranking dalam setiap empat (4) bulan, berasaskan kepada tahap purata Jenayah Indeks bagi tiga (3) bulan pertama dan juga peratus penambahbaikan yang dicapai dalam menurunkan kadar jenayah bagi bulan seterusnya.
Kesemua Balai-balai Polis tersebut akan dibahagikan kepada 5 kategori yang sedia ada iaitu Balai Polis kategori A, B, C, D dan E. Pembahagian kategori adalah berasaskan faktor-faktor seperti :-
Populasi Penduduk - Wajaran 30%
Kawasan Pentadbiran - Wajaran 10%
Jumlah Lapaoran Setahun - Wajaran 10%
Beban Jenayah - Wajaran 20%
Beban Dadah - Wajaran 5%
Kes Trafik - Wajaran 10%
Jumlah IPTA/IPTS/SEK - Wajaran 5%
Jumlah Sektor - Wajaran 10%
Di majlis tersebut YDH Ketua Polis Negara telah menyampaikan hadiah kepada pemenang-pemenang. Keputusan pemenang bagi Balai League Table siri 2/2010 (Mei-Ogos) dan siri 3/2010 (September-November) adalah seperti berikut :-
| BLT PDRM SIRI 2/2010 (MEI - OGOS) | |||
| KATEGORI BALAI | TEMPAT PERTAMA | TEMPAT KEDUA | TEMPAT KETIGA |
| A | BP Petaling, Brickfields Kuala Lumpur (H) | BP Jalan Dang Wangi, Dang Wangi Kuala Lumpur | BP Cheras, Cheras Kuala Lumpur |
| B | BP Pandamaran, Klang Selangor | BP Chukai Kemaman, Terengganu | BP Seberang Jaya, Seberang Perai Tengah Pulau Pinang |
| C | BP Luyang, Kota Kinabalu Sabah | BP Bukit Sentosa, Hulu Selangor, Selangor | BP Bedong, Kuala Muda, Kedah |
| D | BP Batang Kali, Hulu Selangor, Selangor | BP Air Hitam, Jempol, Negeri Sembilan | BP Putatan, Penampang, Sabah |
| E | BP Changkat Jering, Taiping, Perak | BP Aulong, Taiping, Perak | BP Bukit Indah, Nusa Jaya, Johor (H) |
| BLT PDRM SIRI 3/2010 (SEPTEMBER-NOVEMBER) | |||
| KATEGORI BALAI | TEMPAT PERTAMA | TEMPAT KEDUA | TEMPAT KETIGA |
| A | BP Petaling, Brickfields Kuala Lumpur (H) | BP BAtu 9 Cheras, Kajang, Selangor Lumpur | BP Jinjang Sentul, Kuala Lumpur |
| B | BP Seberang Jaya, Seberang Perai Tengah Pulau Pinang | BP Chabang Tiga, Kuala Terengganu, Terengganu | BP Pandamaran, Klang Selangor |
| C | BP Kg Tawas, Ipoh Perak | BP Jelapang, Ipoh, Perak | BP Bachok, Bachok, Kelantan |
| D | BP Batu Arang, Gomabak, Selangor | BP Manir, Kuala Terengganu, Terengganu | BP Bunut Susu, Pasir Mas, Kelantan |
| E | BP Chendering, Kuala Terengganu, Terengganu | BP Air Hangat, Langkawi, Kedah | BP Kuala Teriang, Langkawi, Kedah |
Hadir di majlis
anugerah ini ialah YDH DIG Datuk Hussin bin Hj Ismail, Timbalan Ketua Polis Negara, YDH CP Dato' Robiah binti Abdul Ghani, Pengarah Pengurusan merangkap
Penaung Initiative 12 Balai League Table NKPI 3.2 Increase Public
Satisfaction On Police Performance, Y.Bhg
Timbalan-timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, YDH Dato'-Dato'
Pengarah PDRM, Dato'-Dato' Pesuruhjaya dan Ketua-Ketua Polis Negeri,
Ketua-ketua Polis Daerah, Ketua-ketua Polis Balai serta Pegawai-pegawai Kanan
dan tetamu jemputan.
"Laksanakan
amanah dan tanggung jawab dengan mengamalkan sikap benar dan ikhlas melalui
pendekatan protective dan proaktif serta mengembalikan kepercayaan pucuk
pimpinan negara dengan meghasilkan out come yang tinggi sebagaimana yang
diharapkan", antara ucapan oleh YDH ketua Polis Negara.
Beliau juga berharap kejayaan ini menjadi perangsang kepada warga
kerja balai yang lain untuk mempamerkan kecemerlangan pada tahun hadapan dan
terus mengekalkan prestasi terbaik ini demi memenuhi tuntutan tanggung jawab
terhadap pembangunan negara secara keseluruhannya.
Ucapan
aluan oleh YDH CP Dato' Robiah binti Abdul Ghani, Pengarah Pengurusan
merangkap Penaung Initiative 12 Balai League Table NKPI 3.2 Increase
Public Satisfaction On Police Performance
Ucapan Perasmian oleh YDH IG Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara
Balai
Polis Petaling, Brickfields berjaya merangkul tempat pertama bagi
Kategori Balai A, Siri 2/2010 dan membawa pulang RM90,000.00
Juara Kategori Balai D, Siri 2/2010, Balai Polis Batang Kali, Hulu Selangor, Selangor
Balai
Polis Pandamaran Klang, Selangor, Juara Kategori Balai B Siri 2/2010
(Mei-Ogos) dan tempat Ketiga Kategori Balai B Siri 3/2010 (Sept - Nov)
Juara Kategori Balai D Siri 3/2010, Balai Polis Baru Arang, Gombak Selangor
Balai Polis Luyang, Kota Kinabalu, Sabah, Juara Kategori C, Siri 2/2010
Balai Polis Chendering, Kuala Terengganu, Juara Kategori Balai E, Siri 3/2010
Balai Polis Changkat Jering, Taiping, Perak, Juara Kategori Balai E, Siri 2/2010
dari
Pulau Langkawi...Tempat Kedua Kategori Balai E, Balai Polis Air Hangat
dan tempat Ketiga Kategori Balai E, Balai Polis Kuala Teriang, Siri
3/2010
Dari
Kontinjen Sabah...Balai Polis Luyang, Kota Kinabalu, Juara Kategori
Balai C dan Balai Polis Putatan, Penampang, tempat Ketiga Kategori Balai
D.
Kontinjen
Perak...Balai Polis Changkat Jering, Taiping, Juara Kategori Balai E,
balai Polis Aulong, taiping, Kedua kategori Balai E, Siri 2/2010, Balai
Polis Kg Tawas, Ipoh, Juara Kategori Balai C dan Balai Polis Jelapang,
Ipoh, Kedua Kategori Balai C, Siri 3/2010
Balai
Polis Perai, Seberang Perai Tengah, Juara Kategori Balai B Siri 3/2010
dan Balai Polis Seberang Jaya, Seberang Perai Tengah, tempat Ketiga
Kategori Balai B, Siri 2/2010.
Balai
Polis Petaling, Brickfields, Kuala Lumpur, dibawah kepimpinan Inspektor
Mohd Sail bin Hassan (dua dari kanan) telah berjaya menjuarai Kategori
Balai A bagi Siri 2/2010 dan Siri 3/2010, merangkul hadiah RM
181,000.00, bergambar kenangan bersama Ketua Polis Kuala Lumpur dan
Ketua Polis Daerah Brickfields.
Jurufoto : Sjn Zaiddin bin Dahalan
L/Kpl Aslam Syir Khan
Wartawan : Insp Haslina bt. Mohd Nor
Konst Irfan bin Bujang
Penyunting : DSP Lai Lee Ching