Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Balai Polis Muar Dinobatkan Juara Blt

Published: 03 Dec 2015 7.08 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Subang Jaya, 2 Dis- Balai Polis Muar telah dinobatkan sebagai juara Balai Polis Cemerlang kategori A dalam Majlis Anugerah Balai League Table (BLT) 2015 dengan membawa pulang wang tunai bernilai RM 166,000, piala pusingan beserta sijil penghargaan di Hotel Grand Dorsett, pagi tadi.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/balai-polis-muar-dinobatkan-juara-blt
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 02:37 MYT
Subang Jaya, 2 Dis- Balai Polis Muar telah dinobatkan sebagai juara Balai Polis Cemerlang kategori A dalam Majlis Anugerah Balai League Table (BLT) 2015 dengan membawa pulang wang tunai bernilai RM 166,000, piala pusingan beserta sijil penghargaan di Hotel Grand Dorsett, pagi tadi.

Pertandingan ini merupakan salah satu daripada 29 inisiatif di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Polis Diraja Malaysia (PDRM) bermula dari tahun 2010 yang melibatkan 788 buah Balai Polis bagi menghargai kecemerlangan warga Balai-Balai Polis seluruh negara terutamanya dalam menurunkan kadar jenayah. 

Pengarah Jabatan Integriti Dan Pematuhan Standard (JIPS) PDRM, Dato’ Jamshah Mustapa yang hadir mewakili Ketua Polis Negara dalam ucapannya berkata, Balai Polis merupakan barisan hadapan paling hampir dengan masyarakat yang disifatkan sebagai titik permulaan perhubungan kedua-dua pihak, maka persepsi positif umum terhadap perkhidmatan PDRM dapat ditingkatkan.

Kriteria utama dalam penilaian BLT ini adalah berdasarkan penilaian terhadap Sistem Pengurusan Balai (SPB) oleh PDRM dan kajian persepsi masyarakat terhadap polis oleh Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF).

Mengiringi di tempat kedua dan ketiga terbaik Kategori A adalah Balai Polis Sungai Besi dan Balai Polis Kerakit Kudat, Sabah yang turut sama menerima wang tunai, piala dan sijil penghargaan dari Menteri Dalam Negeri.

Bagi Kategori B, Balai Polis Bayan Baru muncul sebagai pemenang dengan membawa pulang wang tunai RM 78,000 diikuti Balai Polis Sri Petaling dan Balai Polis USJ 8 , sementara itu Balai Polis Grik, Balai Polis Sentral Sibu dan Balai Polis Balik Pulau mengungguli kategori C dengan juara menerima imbuhan sebanyak RM 54,000.

Kelompok kategori D dan E pula telah memperlihatkan Balai Polis Gua Musang menjuarai kategori D dengan memenangi wang tunai RM 50,000, kedua Balai Polis Gambang , ketiga Balai Polis Tenom Sabah, manakala Kategori E telah dimenangani Balai Polis Hutan Percha membawa pulang wang tunai RM 12,000, tempat kedua Balai Polis Sebuyau dan tempat ketiga Balai Polis Pekan Gurney dari Manjung Perak.

Hadir sama di majlis tersebut, pegawai-pegawai kanan PDRM, pegawai MCPF, JPAM, RELA, dif-dif jemputan dan media.

Balai Polis Muar Dinobatkan Juara Blt
Juara kategori A, Balai Polis Muar

Balai Polis Muar Dinobatkan Juara Blt
Tempat kedua kategori A. 

Balai Polis Muar Dinobatkan Juara Blt
Tempat ketiga kategori A. Balai Polis Muar Dinobatkan Juara Blt
Johan Kategori B 

Balai Polis Muar Dinobatkan Juara Blt
\Tempat kedua Kategori B Balai Polis Muar Dinobatkan Juara Blt
Tempat ketiga Kategori B 

Balai Polis Muar Dinobatkan Juara Blt
Ucapan Pengarah Jabatan Integriti Dan Pematuhan Standard (JIPS) PDRM, Dato’ Jamshah Mustapa

Balai Polis Muar Dinobatkan Juara Blt
Ucapan Ketua Urusetia KPN Penyelidikan dan Pembangunan  

Balai Polis Muar Dinobatkan Juara Blt
Pengacara Majlis
ArticlePublished 03 Dec 2015 7.08 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM