Kuala Lumpur - Sebuah balai polis bergerak beroperasi 24 jam akan diletakkan dalam kawasan Pasar Borong Selayang untuk meningkatkan keselamatan sepanjang musim perayaan Tahun Baharu Cina.
Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner, R Munusamy berkata, kemudahan itu adalah tambahan kawalan di kawasan tersebut bagi membantu Balai Komuniti Seri Murni dan Balai Polis Jinjang mencegah jenayah.
Sumber: Sinar Harian