Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Bakti Tetap Di Kenang

Diterbitkan: 11 Jun 2014 6.15 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
'Ianya menjadi bingkisan yang akan menaikkan semangat pegawai dan anggota polis untuk bekerja di hari lebaran dan sumbangan BAKTI ini akan menjadi penawar dan pengubat rindu terhadap keluarga tercinta..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/bakti-tetap-di-kenang
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 03:50 MYT

Kuala Lumpur - 3 Ogos 2011.


"Jauh di lubuk hati warga PDRM, sumbangan bungkusan Hari Raya Aidilfitri ini adalah sebagai tanda penghargaan kepada pengorbanan dan kesetiaan yang telah dicurahkan selama ini kepada agama, bangsa dan negara"

 

"Ianya menjadi bingkisan yang akan menaikkan semangat pegawai dan anggota polis untuk bekerja di hari lebaran akan datang. Sumbangan BAKTI ini akan menjadi penawar dan pengubat rindu terhadap keluarga tercinta", ucap YDH Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara di dalam Majlis Penyampaian Sumbangan Bungkusan Hari Raya oleh Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri Menteri dan Timbalan Menteri (BAKTI), di bangunan BAKTI Siti Hasmah, Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur pada pagi ini.

Menghargai jasa Pasukan Keselamatan Malaysia menjaga ketenteraman dan keselamatan negara, BAKTI telah menyumbangkan sejumlah 39,000 kotak bungkusan Hari Raya Aidilfitri kepada Polis Diraja Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia.

Sebanyak 20,000  bungkus kotak diperuntukkan kepada Polis Diraja Malaysia akan diagihkan kepada Jabatan Keselamatan dan Ketenteraman Awam (10,200), Jabatan-jabatan PDRM termasuk kontinjen (7,800), NKRA (1,000) dan Hot Spot di Lembah Klang (1,000).

Bagi Angkatan Tentera Malaysia, sejumlah 15,000 kotak diagihkan untuk anggota yang bertugas di dalam dan luar negara semasa Hari Raya Aidilfitri seperti Misi PBB, tugas di sempadan Malaysia/Thailand, pulau-pulau di Sabah dan perairan Negara dan persempadanan Kalimantan Barat dan Bilik-bilik Gerakan di seluruh Malaysia.

Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia pula menerima sebanyak 4,000 kotak bungkusan Hari Raya Aidilfitri.

YAB Datin Paduka Seri Rosmah binti Mansor, Yang DiPertua BAKTI telah sudi hadir menyampaikan kotak-kotak bungkusan Hari Raya Aidil Fitri untuk Pasukan Keselamatan Negara.

Hadir sama ialah YAB Puan Sri Hajah Noorainee binti Abdul Rahman, Naib Yang DiPertua BAKTI.

Turut hadir ialah YDH Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara dan YBhg. Puan Sri Hajah Suriati binti Md. Sobri, YBhg. Jeneral Tan Sri Dato' Sri Zulkifeli bin Mohd Zin, Panglima Angkatan Tentera dan YBhg. Puan Sri Datin Umi Kalsom binti Wan Awang, YBhg. Laksamana Datuk Mohd Amdan bin Kurish, Ketua Pengarah Penguatkuasaan Maritim Malaysia dan YBhg. Datin Siti Zawiyah binti Ahmad, YDH Pengarah-Pengarah PDRM, YBhg. Panglima-Panglima Angkatan Tentera, Pegawai-pegawai Kanan PDRM / ATM / APMM, Ahli-ahli BAKTI, PERKEP dan BAKAT.

"Walaupun tidak setimpal dengan budi yang ditabur, sumbangan yang kami berikan ini lahir dari hati yang tulus ikhlas sebagai tanda penghargaan dan kasih terhadap pengorbanan Pasukan Keselamatan Malaysia menjaga kedaulatan dan keselamatan negara", ucap YABhg. Datin Paduka Seri Rosmah binti Mansor.

"Sumbangan sebagai tanda ingatan ikhlas yang diiringi doa dan harapan semoga pasukan keselamatan yang bertugas dapat merayakan Aidilfitri dengan lebih meriah dan dapat merasai secebis keriangan suasanan Hari Raya sewaktu bertugas nanti", tambah beliau lagi.

Sebelum mengakhiri ucapan pada pagi ini, YABhg. Datin Paduka Seri Rosmah binti Mansor telah menyampaikan serangkap pantun kepada para anggota Pasukan Keselamatan Malaysia,

                                                       Wahai perwira pejuang pangsa
                                                         Jasamu dikenang setiap masa
                                                   Engkaulah kemegahan seluruh negara
                                                   Semoga Allah memeliharamu sentiasa


Bakti Tetap Di Kenang
YAB Datin Paduka Seri Rosmah binti Mansor telah menyampaikan ucapannya.

Bakti Tetap Di Kenang
YAB Datin Paduka Seri Rosmah binti Mansor telah menyampaikan sumbangan kepada YDH Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara.
 
Bakti Tetap Di Kenang
Y.Bhg Puan Sri Hajah Suriati binti Md. Sobri, Pengerusi PERKEP Malaysia menerima sumbangan daripada YABhg. Datin Paduka Seri Rosmah binti Mansor.

Bakti Tetap Di Kenang
YDH Dato’ Seri Khalid Bin Abu Bakar, Timbalan Ketua Polis Diraja Malaysia menerima sumbangan daripada YABhg. Datin Paduka Seri Rosmah binti Mansor.

Bakti Tetap Di Kenang
YDH CP Dato' Robiah Binti Abd. Ghani, Pengarah Pengurusan turut menerima sumbangan daripada YABhg. Datin Paduka Seri Rosmah binti Mansor.

Bakti Tetap Di Kenang
Antara tetamu yang hadir.

Bakti Tetap Di Kenang

Bakti Tetap Di Kenang
YDH Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara menyampaikan ucapan balas.

Bakti Tetap Di Kenang
YAB Datin Paduka Seri Rosmah binti Mansor bersama-sama Panglima Angkatan Tentera Malaysia, Ketua Polis Negara dan Ketua Pengarah Penguatkuasaan Maritim Malaysia membuka Bungkusan Sumbangan BAKTI.



Wartawan   : Sjn. Zaiddin Dahalan
Jurufoto     : Sjn. Zaiddin Dahalan dan L/Kpl Shareel Shahriman
Penyunting : L/Kpl Edwin

ArtikelDiterbitkan 11 Jun 2014 6.15 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM