Kuala Lumpur - 3 Ogos 2011.
"Jauh
di lubuk hati warga PDRM, sumbangan bungkusan Hari Raya Aidilfitri ini
adalah sebagai tanda penghargaan kepada pengorbanan dan kesetiaan yang
telah dicurahkan selama ini kepada agama, bangsa dan negara"
"Ianya menjadi bingkisan
yang akan menaikkan semangat pegawai dan anggota polis untuk bekerja di
hari lebaran akan datang. Sumbangan BAKTI ini akan menjadi penawar dan
pengubat rindu terhadap keluarga tercinta", ucap YDH Tan Sri Haji Ismail
bin Haji Omar, Ketua Polis Negara di dalam Majlis Penyampaian Sumbangan
Bungkusan Hari Raya oleh Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri Menteri
dan Timbalan Menteri (BAKTI), di bangunan BAKTI Siti Hasmah, Taman Tun
Dr. Ismail, Kuala Lumpur pada pagi ini.
Menghargai
jasa Pasukan Keselamatan Malaysia menjaga ketenteraman dan keselamatan
negara, BAKTI telah menyumbangkan sejumlah 39,000 kotak bungkusan Hari
Raya Aidilfitri kepada Polis Diraja Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia
dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia.
Sebanyak
20,000 bungkus kotak diperuntukkan kepada Polis Diraja
Malaysia akan diagihkan kepada Jabatan Keselamatan dan Ketenteraman Awam
(10,200), Jabatan-jabatan PDRM termasuk kontinjen (7,800), NKRA (1,000)
dan Hot Spot di Lembah Klang (1,000).
Bagi
Angkatan Tentera Malaysia, sejumlah 15,000 kotak diagihkan untuk
anggota yang bertugas di dalam dan luar negara semasa Hari Raya
Aidilfitri seperti Misi PBB, tugas di sempadan Malaysia/Thailand,
pulau-pulau di Sabah dan perairan Negara dan persempadanan Kalimantan
Barat dan Bilik-bilik Gerakan di seluruh Malaysia.
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia pula menerima sebanyak 4,000 kotak bungkusan Hari Raya Aidilfitri.
YAB
Datin Paduka Seri Rosmah binti Mansor, Yang DiPertua BAKTI telah sudi
hadir menyampaikan kotak-kotak bungkusan Hari Raya Aidil Fitri untuk
Pasukan Keselamatan Negara.
Hadir sama ialah YAB Puan Sri Hajah Noorainee binti Abdul Rahman, Naib Yang DiPertua BAKTI.
Turut
hadir ialah YDH Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara
dan YBhg. Puan Sri Hajah Suriati binti Md. Sobri, YBhg. Jeneral Tan Sri
Dato' Sri Zulkifeli bin Mohd Zin, Panglima Angkatan Tentera dan YBhg.
Puan Sri Datin Umi Kalsom binti Wan Awang, YBhg. Laksamana Datuk Mohd
Amdan bin Kurish, Ketua Pengarah Penguatkuasaan Maritim Malaysia dan
YBhg. Datin Siti Zawiyah binti Ahmad, YDH Pengarah-Pengarah PDRM, YBhg.
Panglima-Panglima Angkatan Tentera, Pegawai-pegawai Kanan PDRM / ATM /
APMM, Ahli-ahli BAKTI, PERKEP dan BAKAT.
"Walaupun
tidak setimpal dengan budi yang ditabur, sumbangan yang kami berikan
ini lahir dari hati yang tulus ikhlas sebagai tanda penghargaan dan
kasih terhadap pengorbanan Pasukan Keselamatan Malaysia menjaga
kedaulatan dan keselamatan negara", ucap YABhg. Datin Paduka Seri Rosmah
binti Mansor.
"Sumbangan
sebagai tanda ingatan ikhlas yang diiringi doa dan harapan semoga
pasukan keselamatan yang bertugas dapat merayakan Aidilfitri dengan
lebih meriah dan dapat merasai secebis keriangan suasanan Hari Raya
sewaktu bertugas nanti", tambah beliau lagi.
Sebelum
mengakhiri ucapan pada pagi ini, YABhg. Datin Paduka Seri Rosmah binti
Mansor telah menyampaikan serangkap pantun kepada para anggota Pasukan
Keselamatan Malaysia,
Wahai perwira pejuang pangsa
Jasamu dikenang setiap masa
Engkaulah kemegahan seluruh negara
Semoga Allah memeliharamu sentiasa
YAB Datin Paduka Seri Rosmah binti Mansor telah menyampaikan ucapannya.
YAB
Datin Paduka Seri Rosmah binti Mansor telah menyampaikan sumbangan
kepada YDH Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara.
Y.Bhg
Puan Sri Hajah Suriati binti Md. Sobri, Pengerusi PERKEP
Malaysia menerima sumbangan daripada YABhg. Datin Paduka Seri Rosmah
binti Mansor.
YDH
Dato’ Seri Khalid Bin Abu Bakar, Timbalan Ketua Polis Diraja Malaysia
menerima sumbangan daripada YABhg. Datin Paduka Seri Rosmah binti
Mansor.
YDH
CP Dato' Robiah Binti Abd. Ghani, Pengarah Pengurusan turut menerima
sumbangan daripada YABhg. Datin Paduka Seri Rosmah binti Mansor.
Antara tetamu yang hadir.
YDH Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara menyampaikan ucapan balas.
YAB
Datin Paduka Seri Rosmah binti Mansor bersama-sama Panglima Angkatan
Tentera Malaysia, Ketua Polis Negara dan Ketua Pengarah Penguatkuasaan
Maritim Malaysia membuka Bungkusan Sumbangan BAKTI.
Wartawan : Sjn. Zaiddin Dahalan
Jurufoto : Sjn. Zaiddin Dahalan dan L/Kpl Shareel Shahriman
Penyunting : L/Kpl Edwin