Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Bakti Teruskan Sumbangan Raya Kepada Pasukan Keselamatan

Published: 24 May 2017 8.43 AM Updated: 17 Jul 2026 11.48 AM
Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri Menteri dan Timbalan Menteri (BAKTI) meneruskan tradisi menyediakan bungkusan juadah raya untuk diagihkan kepada anggota pasukan keselamatan menjelang lebaran bulan depan.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/bakti-teruskan-sumbangan-raya-kepada-pasukan-keselamatan
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 14:08 MYT

Kuala Lumpur, 24 Mei 2017 - Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri Menteri dan Timbalan Menteri (BAKTI) meneruskan tradisi menyediakan bungkusan juadah raya untuk diagihkan kepada anggota pasukan keselamatan menjelang lebaran bulan depan.

Majlis pembungkusan juadah raya yang dibekalkan oleh Dewina Food Industries Sdn Bhd mengandungi set nasi beriyani, ayam masak merah , dalca sayur dan acar buah itu berlangsung di Bangunan BAKTI Siti Hasmah, Taman Tun Dr. Ismail (TTDI), pagi tadi.

Tahun ini, sebanyak 57,000 kotak juadah berjaya dibungkus oleh ahli BAKTI yang diketuai oleh Yang Dipertua BAKTI, Datin Paduka Seri Rosmah Mansor dengan dibantu oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Kementerian Pengajian Tinggi, Himpunan Siswazah Kelantan (HIMSAK), Persatuan Kelab-Kelab Belia Malaysia (MAYC) dan para pelajar Institusi Pengajian Awam.

Datin Paduka Seri Rosmah Mansor, berkata daripada jumlah itu, sebanyak 30,000 kotak akan diagihkan kepada PDRM, 20,000 kotak kepada ATM dan 7,000 kotak kepada APMM.

Bakti Teruskan Sumbangan Raya Kepada Pasukan KeselamatanSekitar Majlis Pembungkusan Sumbangan Hari Raya Kepada Pasukan Keselamatan Negara oleh Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri Menteri dan Timbalan Menteri (BAKTI)

Bakti Teruskan Sumbangan Raya Kepada Pasukan KeselamatanUcapan oleh Yang Dipertua BAKTI, Datin Paduka Seri Rosmah Mansor

Bakti Teruskan Sumbangan Raya Kepada Pasukan KeselamatanYang Dipertua BAKTI, Datin Paduka Seri Rosmah Mansor menyampaikan cenderahati kepada DSP Kebajikan/PERKEP, Cawangan Kebajikan Bukit Aman, DSP Hajah Fatimah Ahmad

ArticlePublished 24 May 2017 8.43 AMUpdated 17 Jul 2026 11.48 AM