Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Bakti Sumbang Bungkusan Hari Raya Kepada Pasukan Keselamatan Negara

Published: 16 Jun 2015 3.26 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Kuala Lumpur, 15 Jun- Bertempat di Bangunan BAKTI Siti Hasmah hari ini telah berlangsungnya majlis pembungkusan sumbangan Hari Raya Aidilfitri untuk diagih-agihkan kepada para petugas yang terlibat dalam menjaga keselamatan tanah air di hari lebaran kelak.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/bakti-sumbang-bungkusan-hari-raya-kepada-pasukan-keselamatan-negara
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 17:14 MYT

Oleh:Konst Daud Bin Tuah
Foto:Sjn Zaiddin Bin Dahalan,Konst Nurfaeroz
Penyunting:Insp Abdul Rahim

Kuala Lumpur, 15 Jun- Bertempat di Bangunan BAKTI Siti Hasmah hari ini telah berlangsungnya majlis pembungkusan sumbangan Hari Raya Aidilfitri untuk diagih-agihkan kepada para petugas yang terlibat dalam menjaga keselamatan tanah air di hari lebaran kelak.

Sebanyak 49,500 kotak sumbangan yang mengandungi pelbagai juadah asas hari raya seperti rendang daging, sambal ikan bilis, kuah kacang dan nasi himpit berjaya dibungkus oleh ahli Badan Amal Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri (BAKTI) yang diketuai oleh Yang Dipertuanya Datin Paduka Seri Rosmah Mansor dengan dibantu oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), para pelajar Institusi Pengajian Awam (IPTA) serta wakil-wakil belia.

Majlis penyerahan bungkusan raya ini dijadualkan akan diadakan pada 22 Jun ini oleh Yang Dipertua BAKTI sendiri.

Hadir sama dalam majlis sebentar tadi adalah isteri kepada Timbalan Perdana Menteri merangkap Naib Yang Dipertua BAKTI, Puan Sri Norainee Abdul Rahman, isteri mantan Perdana Menteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, isteri-isteri Menteri dan Timbalan Menteri serta beberapa pegawai kanan PDRM.

Bakti Sumbang Bungkusan Hari Raya Kepada Pasukan Keselamatan Negara
Sekitar majlis pembungkusan sumbangan hari raya

Sekitar majlis pembungkusan sumbangan hari raya.
ArticlePublished 16 Jun 2015 3.26 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM