Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Bakti Beri Sumbangan Bungkusan Hari Raya Kepada Petugas Keselamatan

Diterbitkan: 09 Jun 2016 6.06 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 7.26 PM
Kuala Lumpur, 9 Jun - Sebanyak 55,000 kotak bungkusan hari haya disediakan oleh Badan Amal Dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri Menteri Dan Timbalan Menteri (BAKTI) untuk diagih-agihkan kepada para petugas yang terlibat dalam menjaga keselamatan tanah air dalam satu majlis pembungkusan sumbangan Hari Raya Aidilfitri di Bangunan BAKTI Siti Hasmah, pagi tadi.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/bakti-beri-sumbangan-bungkusan-hari-raya-kepada-petugas-keselamatan
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 19:10 MYT

Oleh : Konst Nurfaeroz binti Idris
Penyunting : Insp Arisanti binti Aziz
Foto : Kpl Edwind Indo

Kuala Lumpur, 9 Jun - Sebanyak 55,000 kotak bungkusan hari haya disediakan oleh Badan Amal Dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri Menteri Dan Timbalan Menteri (BAKTI) untuk diagih-agihkan kepada para petugas yang terlibat dalam menjaga keselamatan tanah air dalam satu majlis pembungkusan sumbangan Hari Raya Aidilfitri di Bangunan BAKTI Siti Hasmah, pagi tadi.

Majlis pembungkusan sumbangan hari raya tersebut diketuai oleh Yang Dipertua BAKTI, Datin Paduka Seri Rosmah Mansor, isteri kepada Perdana Menteri Malaysia dan turut dibantu oleh warga-warga dari Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), para pelajar Institusi Pengajian Awam (IPTA) serta wakil-wakil belia.

Program ini merupakan agenda tahunan dalam kalendar BAKTI sebagai tanda penghargaan kepada petugas- petugas keselamatan selain sebagai platform mengeratkan hubungan silaturahim melalui kerjasama daripada pelbagai agensi-agensi penguatkuasaan dan keselamatan, jabatan-jabatan dalam kerajaan serta badan-badan bukan kerajaan.

Kotak bungkusan sumbangan tersebut diisi dengan pelbagai jenis juadah hari raya iaitu rendang daging, sambal ikan bilis, kuah kacang dan nasi himpit.

Hadir sama dalam majlis sebentar tadi adalah Ahli-Ahli Jawatankuasa Bakti, isteri-isteri Menteri dan Timbalan Menteri serta beberapa pegawai kanan PDRM.

_MG_0577
Yang Dipertua BAKTI, Datin Paduka Seri Rosmah Mansor bersama wakil-wakil petugas keselamatan melakukan gimik pembungkusan 

ArtikelDiterbitkan 09 Jun 2016 6.06 AMDikemas kini 15 Aug 2026 7.26 PM