Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Bakakuk Dirampas Dari Seorang Lelaki

Published: 19 Jun 2014 1.26 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Tawau, 15 Feb - Polis menahan seorang lelaki dan merampas senapang patah buatan sendiri atau bakakuk bersama tiga butir peluru di kawasan hutan simpan Batu 41, Jalan Sepulut-Kalabakan dekat sini malam..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/bakakuk-dirampas-dari-seorang-lelaki
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 26/09/2026 00:08 MYT

Tawau, 15 Feb - Polis menahan seorang lelaki dan merampas senapang patah buatan sendiri atau bakakuk bersama tiga butir peluru di kawasan hutan simpan Batu 41, Jalan Sepulut-Kalabakan dekat sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Tawau ACP Awang Besar berkata suspek yang berumur 27 tahun itu ditahan kira-kira 9.40 malam oleh sepasukan anggota Jabatan Perhutanan yang sedang membuat operasi di kawasan berkenaan.

"Ketika ditahan, suspek dipercayai cuba memburu di kawasan itu. Pegawai perhutanan yang membuat operasi membanteras pemburu haram di kawasan itu telah menjumpai suspek dan terus menangkap suspek serta merampas selaras bakakuk dan tiga butir peluru," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Sumber : BERNAMA

ArticlePublished 19 Jun 2014 1.26 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM