Bakakuk Dirampas Dari Seorang Lelaki
Tawau,
15 Feb - Polis menahan seorang lelaki dan merampas senapang patah
buatan sendiri atau bakakuk bersama tiga butir peluru di kawasan hutan
simpan Batu 41, Jalan Sepulut-Kalabakan dekat sini malam tadi.
Ketua
Polis Daerah Tawau ACP Awang Besar berkata suspek yang berumur 27 tahun
itu ditahan kira-kira 9.40 malam oleh sepasukan anggota Jabatan
Perhutanan yang sedang membuat operasi di kawasan berkenaan.
"Ketika
ditahan, suspek dipercayai cuba memburu di kawasan itu. Pegawai
perhutanan yang membuat operasi membanteras pemburu haram di kawasan itu
telah menjumpai suspek dan terus menangkap suspek serta merampas
selaras bakakuk dan tiga butir peluru," katanya dalam satu kenyataan di
sini hari ini.
Sumber : BERNAMA