Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Atlet Pdrm Diberi Penghargaan

Published: 01 Jun 2016 10.51 AM Updated: 15 Aug 2026 7.28 PM
Damansara, 1 Julai – Para atlet Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang terlibat dalam sukan hoki, ragbi dan Muaythai yang mempamerkan prestasi cemerlang pada temasya sukan di dalam dan luar Negara telah diraikan dalam satu Majlis Penghargaan serta Penyampaian Sijil yang diadakan di Restoran Thai Sri Ayuthaya, Taman Tun Dr Ismail, di sini, tengahari tadi.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/atlet-pdrm-diberi-penghargaan
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 15:23 MYT

ATLET PDRM DIBERI PENGHARGAAN

Damansara, 1 Julai – Para atlet Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang terlibat dalam sukan hoki, ragbi dan Muaythai yang mempamerkan prestasi cemerlang pada temasya sukan di dalam dan luar Negara telah diraikan dalam satu Majlis Penghargaan serta Penyampaian Sijil yang diadakan di Restoran Thai Sri Ayuthaya, Taman Tun Dr Ismail, di sini, tengahari tadi.

Sijil-sijil penghargaan telah disampaikan oleh YDH Pengarah Pengurusan PDRM merangkap Pengerusi Majlis Sukan PDRM, CP Dato’ Sri Zulkifli bin Abdullah bagi menghargai kesungguhan dan komitmen para atlet dan warga kerja majlis sukan PDRM terutamanya dalam sukan hoki ,ragbi dan muaythai sehingga berjaya mengharumkan nama pasukan dan Negara di mata dunia.

Dalam sukan Hoki, pasukan hoki lelaki telah menjadi naib johan dalam Kejohanan Hoki Piala Razak edisi ke 54. Sehubungan itu, dua atlet hoki PDRM telah meraih anugerah pemain terbaik perlawanan iaitu Kadet Inspektor Mohd Razie bin Rahim yang juga kapten pasukan kebangsaan dan Encik Zaidi bin Ibrahim selaku penjaga Gol terbaik bagi divisyen 1.

Sukan Ragbi pula melakar sejarah tersendiri apabila menjadi johan dalam kategori men open di Kejohanan Ragbi Phuket International 10’s 2016 yang berlangsung di Thanyapura Sport Complexs, Phuket,Thailand selepas menewaskan juara bertahan pasukan Morrabin Rams dari Australia dengan keputusan cemerlang 39-15.

Melalui sukan tempur, Gelanggang Muaythai menjadi medan bagi atlet Muaythai PDRM meneruskan kecemerlangan apabila merangkul 4 pingat emas dalam kejohanan Muaythai Fight- Kuda Merah International Challenge 2016 menerusi L/Kpl Tengku Shahrizal bagi ketegori 69kg ,Konst. Nik Mohd Aruf bagi kategori 56kg dan L/Kpl Mohd Salihem bagi kategori 64kg.

Hadir sama dalam majlis tersebut ialah,YDH Timbalan Ketua Polis, Kuala Lumpur,DCP Dato’ Hamid bin Ali,YDH Timbalan Pengarah Pengurusan (Pentadbiran), Dato’ Azisman bin Alias,YDH Ketua Penolong Pengarah Pengurusan (Pembangunan Kerjaya), SAC Mohamad bin Mat Yusof, dan YDH Timbalan Komandan( Latihan) Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur, Abdul Latif bin Yunus.

Atlet Pdrm Diberi Penghargaan
Atlet Pdrm Diberi Penghargaan
Atlet Pdrm Diberi Penghargaan
Atlet Pdrm Diberi Penghargaan
Atlet Pdrm Diberi Penghargaan
Atlet Pdrm Diberi Penghargaan
Atlet Pdrm Diberi Penghargaan
Atlet Pdrm Diberi Penghargaan
Atlet Pdrm Diberi Penghargaan
Atlet Pdrm Diberi Penghargaan
Atlet Pdrm Diberi Penghargaan
Atlet Pdrm Diberi Penghargaan
Atlet Pdrm Diberi Penghargaan
Atlet Pdrm Diberi Penghargaan
Atlet Pdrm Diberi Penghargaan
Atlet Pdrm Diberi Penghargaan
Atlet Pdrm Diberi Penghargaan
Atlet Pdrm Diberi Penghargaan
Atlet Pdrm Diberi Penghargaan
Atlet Pdrm Diberi Penghargaan
Atlet Pdrm Diberi Penghargaan
Atlet Pdrm Diberi Penghargaan
Atlet Pdrm Diberi Penghargaan
Atlet Pdrm Diberi Penghargaan
Atlet Pdrm Diberi Penghargaan
Atlet Pdrm Diberi Penghargaan
Penerima-penerima sijil penghargaan.

Atlet Pdrm Diberi Penghargaan
Atlet Pdrm Diberi Penghargaan
Atlet Pdrm Diberi Penghargaan
Atlet Pdrm Diberi Penghargaan
Atlet Pdrm Diberi Penghargaan
Sekitar majlis berlangsung...
ArticlePublished 01 Jun 2016 10.51 AMUpdated 15 Aug 2026 7.28 PM