Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Aspirasi Hijaukan Bukit Aman

Diterbitkan: 12 Jun 2014 1.47 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
Kini kita berkumpul untuk melaksanakan satu lagi aspek ibadah, iaitu majlis menghijaukan Bukit Aman dan selalunya warga Bukit Aman berkumpul sempena perhimpunan bulanan, perhimpunan pada petang ini ad..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/aspirasi-hijaukan-bukit-aman
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 23:36 MYT

"... Kita semua maklum bahawa keindahan alam perlulah diserlahkan dengan kehijauan bumi yang akan memberi manifestasi kepada ketenangan dan kesuburan alam sekitar. Syabas dan tahniah saya ucapkan kepada Jabatan Pengurusan yang telah menyahut seruan saya, supaya semangat gotong-royong, pengindahan dan menghijaukan persekitaran Bukit Aman ini dibudayakan.." - YDH Ketua Polis Negara


Bukit Aman, 6 Julai
 - "Kini kita berkumpul untuk melaksanakan satu lagi aspek ibadah, iaitu majlis menghijaukan Bukit Aman dan selalunya warga Bukit Aman berkumpul sempena perhimpunan bulanan, perhimpunan pada petang ini adalah untuk kita bersama-sama bergotong-royong membersih serta mengindahkan kawasan Bukit Aman," ujar YDH Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara sempena Majlis Menghijaukan Bukit Aman di ruang Parkir Utama Bukit Aman, hari ini.

Memetik ucapannya, beliau telah menekankan aspek pembudayaan yang positif untuk disadurkan dalam urusan penugasan seharian demi memartabatkan nama pasukan ke tahap yang tertinggi.

Tambahnya lagi, kualiti sebegini seharusnya dikekalkan dan PDRM selama ini telah mengimplementasikannya dalam kebanyakan aktiviti-aktiviti seperti Program Gaya Hidup Sihat, diikuti dengan Pusat Saringan Kesihatan, program-program mengeratkan silatulrahim, program-program kebajikan, ilmiah dan rohaniah yang dijanakan oleh jabatan-jabatan, Persatuan Keluarga Polis dan Baka.

Program pada hari ini telah menyaksikan warga-warga Bukit Aman melakukan aktiviti gotong-royong di beberapa lokasi yang telah ditetapkan mengikut kumpulan yang disediakan.

"Saya suka melihat gotong-royong daripada aspek riadah malah, manfaatnya jika dianalisa secara mendalam adalah bersifat 'win-win' dalam erti kata sebenarnya kerana kelebihannya menyihatkan tubuh badan melalui kerja-kerja pembersihan yang dilaksanakan, seluruh masyarakat setempat juga memperoleh manfaat dalam bentuk kebersihan dan keindahan persekitaran,"

Perjalanan program pada hari ini telah dilancarkan dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Jabatan Bomba dan Penyelamat, Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia dan Jabatan Pertahanan Awam (JPAM).

Program turut diserikan dengan penglibatan Pengarah-pengarah PDRM, Y.Bhg Puan Sri Hajah Suriati binti Md. Sobri, Pengerusi PERKEP Malaysia, Timbalan-Timbalan Pengarah PDRM dan Pegawai-pegawai Kanan PDRM yang turut sama-sama menanam benih pokok di persekitaran Bukit Aman.

Aspirasi Hijaukan Bukit Aman
Ketibaan YDH Ketua Polis Negara.

Aspirasi Hijaukan Bukit Aman
Pegawai Baris melaporkan jumlah kehadiran kepada Ketua Polis Negara..

Aspirasi Hijaukan Bukit Aman
Pengerusi majlis dalam program pada hari ini.

Aspirasi Hijaukan Bukit Aman
Pimpinan-pimpinan tertinggi PDRM yang hadir

Aspirasi Hijaukan Bukit Aman
Antara yang hadir..

Aspirasi Hijaukan Bukit Aman
sekitar bacaan doa sebelum program dimulakan..

Aspirasi Hijaukan Bukit Aman
Lagu Negaraku dinyanyikan...   

Aspirasi Hijaukan Bukit Aman
antara warga Bukit Aman yang terlibat..

Aspirasi Hijaukan Bukit Aman
antara warga Bukit Aman yang terlibat..

Aspirasi Hijaukan Bukit Aman
Kumpulan PERKEP Malaysia yang terlibat...

Aspirasi Hijaukan Bukit Aman
ucapan daripada YDH Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara..

Aspirasi Hijaukan Bukit Aman
Ketua Polis Negara bersalaman dengan setiap ketua kumpulan..

Aspirasi Hijaukan Bukit Aman
ketibaan Y.Bhg Puan Sri Hajah Suriati bt. Md Sobri, Pengerusi PERKEP Malaysia...

Aspirasi Hijaukan Bukit Aman
Aksi YDH Ketua Polis Negara menanam benih pokok dalam program hari ini..

Aspirasi Hijaukan Bukit Aman
Y.Bhg Puan Sri Hajah Suriati bt. Md Sobri, Pengerusi PERKEP Malaysia turut mengambil bahagian menanam benih pokok dalam program pada hari ini...

Aspirasi Hijaukan Bukit Aman
TANDA... benih pokok yang sudah ditanam..

Aspirasi Hijaukan Bukit Aman
Meskipun mempunyai ruang masa yang terhad sebelum mengendalikan Sidang Media JSJN, YDH CP Datuk Noor Rashid, Pengarah JSJN turut sama-sama menggembleng tenaga menyahut semangat 'menghijaukan' Bukit Amam pada hari ini..

Aspirasi Hijaukan Bukit Aman
YDH CP Dato` Pahlawan Zulkifli Bin Abdullah, Pengarah Jabatan Logistik turut serta dalam program 'menghijaukan' Bukit Aman...    

Aspirasi Hijaukan Bukit Aman
SELESAI... aksi YDH CP Dato' Wira Syed Ismail b. Syed Azizan, Pengarah JSJK
setelah menanam benih pokok..  

 


Aspirasi Hijaukan Bukit Aman
YDH DCP Dato' Ghazali bin Md Amin, Setiausaha Polis Diraja Malaysia turut bersama-sama mengambil bahagian menanam benih pokok..

Aspirasi Hijaukan Bukit Aman
YDH DCP Dato' Abd Rahim bin Haji Hanafi, Timbalan Pengarah Pengurusan
(Latihan) tidak ketinggalan mengabadikan kenangan menanam benih pokok
dalam program hari ini...

Sekitar gotong-royong berlangsung...
Aspirasi Hijaukan Bukit Aman
Aspirasi Hijaukan Bukit Aman
Aspirasi Hijaukan Bukit Aman
Aspirasi Hijaukan Bukit Aman
Aspirasi Hijaukan Bukit Aman
Aspirasi Hijaukan Bukit Aman
Aspirasi Hijaukan Bukit Aman
Aspirasi Hijaukan Bukit Aman
Aspirasi Hijaukan Bukit Aman
Aspirasi Hijaukan Bukit Aman
Aspirasi Hijaukan Bukit Aman

Aspirasi Hijaukan Bukit Aman
Pegawai Baris lapor selesai tugas kepada YDH Ketua Polis Negara..

Aspirasi Hijaukan Bukit Aman
SIAP SEDIA... Jabatan Pertahanan Awam.


Jurufoto    :    L/Kpl Irfan Bujang & L/Kpl Santher
Berita:    :    L/Kpl Irfan Bujang
ArtikelDiterbitkan 12 Jun 2014 1.47 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM