Kuala Lumpur, 18 Feb - Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menggunakan
segala inisiatif termasuklah berkolaborasi dengan pelbagai pihak dalam
menjamin keamanan negara serta mencari formula-formula baru seiring
dengan perubahan landskap negara masa kini yang sentiasa menjadi cabaran
baru kepada PDRM saban hari.
Justeru itu, kolaborasi strategik bersama pelbagai pihak adalah jalan terbaik menjayakan setiap program yang dicanang saban tahun terutamanya perkara yang melibatkan strategi keselamatan dan formula-formula terbaik dalam menjamin keamanan negara yang mapan .
Delegasi Majlis Profesor Negara yang ketuai oleh Y.Bhg Profesor Emeritus Dato' Sri Dr Zakri Abdul Hamid, Pengerusi Majlis Profesor Negara bersama-sama Barisan tertinggi PDRM yang dipimpin YDH Tan Sri Dato’ Sri Khalid Bin Abu Bakar, Ketua Polis Negara telah mengadakan satu Mesyuarat PDRM Bersama Ahli Majlis Profesor Negara (MPN) bertempat di bilik mesyuarat Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA), Bukit Aman hari ini.
Mesyuarat seperti ini membuktikan PDRM optimis dan komited dalam merealisasikan impian tersebut kerana Majlis Profesor Negara yang menggabungkan kepakaran para profesor dari seluruh institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di negara ini pastinya mempunyai kepakaran-kepakaran tertentu yang dapat membantu PDRM melaksanakan penambaikan organisasi meliputi aspek pendidikan, latihan, keselamatan, perundangan, pembangunan modal insan, teknologi dan lain-lain perkara bagi meningkatkan lagi mutu perkhidmatan PDRM.
Turut hadir dalam mesyuarat tersebut ialah YDH Datuk Seri Mohd Bakri Bin Zinin, Timbalan Ketua Polis Negara, YDH Pengarah-pengarah dan timbalan PDRM, YDH Ketua-ketua Polis Negeri, Pegawai-pegawai Kanan PDRM dan wakil-wakil delegasi Majlis Profesor Negara.

YDH Ketua Polis Negara menyambut ketibaan Y.Bhg Profesor Emeritus Dato' Sri Dr Zakri Abdul Hamid, Pengerusi Majlis Profesor Negara.

Perbincangan di Bilik Tetamu.

Y.Bhg Profesor Emeritus Dato' Sri Dr Zakri Abdul Hamid, Pengerusi Majlis Profesor Negara menandatangani buku melawat.

Bergambar kenangan di Pejabat Ketua Polis Negara.

Sekitar mesyuarat berlangsung..

Sekitar Lobi Menara 1 Bukit Aman.

Sesi sidang media.

Bergambar kenangan.