
Article
Artikel Pilihan Wpfg 2023 Pdrm Sasar 35 Pingat Di Winnipeg
Kuala Lumpur, 25 Julai 2023 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) mensasarkan 35 pingat pada World Police and Fire Games (WPFG) 2023 di Winnipeg, Kanada yang bermula...
Kuala Lumpur, 25 Julai 2023 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) mensasarkan 35 pingat pada World Police and Fire Games (WPFG) 2023 di Winnipeg, Kanada yang bermula pada 28 Julai hingga 6 Ogos ini.
Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, penyertaan PDRM pada kejohanan yang memasuki edisi penganjuran ke-15 itu terpaksa dihadkan kepada dua acara.
"Bagi edisi tahun ini, PDRM tidak mensasarkan untuk mengatasi jumlah pungutan pingat diperolehi pada 2022 di Rotterdam, Amsterdam iaitu 125 pingat," katanya pada sidang media, hari ini.
Sumber: Harian Metro