
Article
Artikel Pilihan Warga Pdrm Perlu Beri Khidmat Terbaik Kepada Masyarakat Kpn
Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani, berkata Kerajaan Perpaduan amat komited untuk memastikan semua warga perkhidmatan awam dapat menin...
Kuala Lumpur, 19 Mei 2023 - Warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) digesa terus meningkatkan mutu kerja dan memberi perkhidmatan terbaik kepada masyarakat selaras dengan hasrat kerajaan.
"PDRM sebagai agensi penguat kuasa utama negara ini, haruslah meningkatkan usaha untuk membantu kerajaan memberikan perkhidmatan terbaik kepada anggota masyarakat.
"Justeru, saya menyeru sekali lagi seluruh warga Pasukan agar dapat melipat gandakan usaha bagi mencapai prestasi kerja yang lebih cemerlang, demi memenuhi harapan kerajaan, serta harapan masyarakat terhadap kita," katanya.
Sumber: Berita Harian