Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Artikel Pilihan Warga Pdrm Bertugas Pru15 Perlu Faham Akta Berkait Pilihan Raya

Diterbitkan: 26 Sep 2022 6.44 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kuala Lumpur, 26 September 2022 - Warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang akan bertugas pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan datang perlu mempersiapkan diri dengan pengetahuan menyeluruh mengenai bidang kuasa masing-masing bagi mengelak implikasi yang boleh mencabar kredibiliti pasukan dan kewibawaan kerajaan.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-warga-pdrm-bertugas-pru15-perlu-faham-akta-berkait-pilihan-raya
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 13:02 MYT
Kuala Lumpur, 26 September 2022 - Warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang akan bertugas pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan datang perlu mempersiapkan diri dengan pengetahuan menyeluruh mengenai bidang kuasa masing-masing bagi mengelak implikasi yang boleh mencabar kredibiliti pasukan dan kewibawaan kerajaan.

Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani berkata, sehubungan itu, semua pegawai pemerintah dan petugas perlu cakna dan memahami Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 dan akta-akta lain yang berkaitan.

"Menghampiri PRU15 juga saya telah keluarkan arahan pada 14 September mengenai usaha pemantapan amalan kesantunan berbahasa dalam penyampaian perkhidmatan PDRM yang perlu diberi perhatian.

Pegawai polis perlu bijak mengawal emosi dan tutur kata selain mengekalkan profesionalisme pada tahap tertinggi sepanjang bertugas terutamanya apabila berdepan situasi provokasi," katanya sewaktu menyampaikan amanat dalam Perhimpunan Bulanan Ketua Polis Negara bulan September di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, di sini hari ini.

Tan Sri Acryl Sani berkata, polis juga perlu telus menangani isu berkait mana-mana parti politik agar PDRM terus dilihat sebagai sebuah institusi kepolisan yang profesional.

"Untuk makluman, saya juga telah melantik Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam PDRM (KDNKA), CP Dato’ Sri Hazani Ghazali sebagai Pengarah Operasi Polis bagi PRU15 dan semoga semua elemen di bawah KDNKA selaku jabatan pengoperasian dengan aset dan keanggotaan terbesar dapat menjalankan tugas dengan baik," katanya.

Beliau berharap PDRM akan menggunakan secara optimum jentera pasukan dengan perancangan strategik bagi memastikan situasi PRU15 nanti aman selain pada masa sama dapat menjalankan tugas hakiki iaitu mengekalkan keselamatan negara dengan baik.

Bacaan lanjut seperti di pautan berikut, https://www.bernama.com/bm/jenayah_mahkamah/news.php...

Sumber: BERNAMA
ArtikelDiterbitkan 26 Sep 2022 6.44 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM