Artikel
Artikel Pilihan Warga Asing Terus Dalam Radar Pdrm Kpn
Kuala Lumpur, 4 Ogos 2024 - Polis akan meneruskan operasi terhadap warga asing yang disyaki melakukan kesalahan dan melanggar undang-undang di negara ini.
Kuala Lumpur, 4 Ogos 2024 - Polis akan meneruskan operasi terhadap warga asing yang disyaki melakukan kesalahan dan melanggar undang-undang di negara ini.
Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain berkata, operasi itu akan dilaksanakan berpandukan kepada risikan dan maklumat daripada orang awam.
Pada Jumaat, media melaporkan polis menahan 20 warga asing dengan sebahagian besar dari benua Afrika atas pelbagai kesalahan dalam serbuan ke atas beberapa unit kediaman di sebuah pangsapuri di Jalan Ampang, di sini.
Tangkapan menerusi Operasi Wakanda oleh Bahagian D3 Antipemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman.
Difahamkan, operasi itu dijalankan susulan aduan terdapat pembabitan penghuni dalam kalangan warga Afrika di situ dalam aktiviti pelacuran yang menyasarkan pelanggan dalam kalangan 'awang hitam'.
Sumber: Sinar Harian
