Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Artikel Pilihan Wanita Bujang Ibu Tunggal Sering Jadi Mangsa Love Scam

Diterbitkan: 12 Jul 2023 11.40 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 8.21 PM
Kuala Lumpur, 12 Julai 2023 - Penipuan "Love Scam" antara kategori jenayah penipuan dalam talian yang kerap dilaporkan dengan 7,548 kes membabitkan nilai kerugian lebih RM382 juta dalam tempoh lima tahun ini.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-wanita-bujang-ibu-tunggal-sering-jadi-mangsa-love-scam
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 07:51 MYT
Kuala Lumpur, 12 Julai 2023 - Penipuan "Love Scam" antara kategori jenayah penipuan dalam talian yang kerap dilaporkan dengan 7,548 kes membabitkan nilai kerugian lebih RM382 juta dalam tempoh lima tahun ini.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, CP Dato' Sri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, kajian yang dilakukan jabatan ini turut mendapati, daripada sejumlah 7,548 kes yang direkodkan, 82.8 peratus atau 6,257 mangsa adalah wanita.

Menurutnya, manakala bakinya iaitu 1,297 kes membabitkan mangsa lelaki di mana mungkin lebih daripada itu, tetapi tidak dilaporkan.

"Kebanyakan wanita yang menjadi mangsa ini masih bujang dan ibu tunggal hanya kerana disebabkan cinta.

"Ada kes yang menjadi mangsa sehingga ditipu RM12 juta selepas mangsa mempercayai suspek namun polis percaya trend penipuan ini akan menurun menerusi kempen yang dijalankan," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas pelancaran Trailer Filem Kesedaran Anti-Scam Oppa, di KL Welness City, di sini, hari ini.

Bacaan lanjut seperti di pautan berikut, https://www.hmetro.com.my/.../wanita-bujang-ibu-tinggal...

Sumber: Harian Metro
ArtikelDiterbitkan 12 Jul 2023 11.40 AMDikemas kini 15 Aug 2026 8.21 PM