Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Artikel Pilihan Video Tular Polis Tahan Pemilik Akaun Instagram Saffieyillias94

Published: 11 Jun 2021 6.20 AM Updated: 17 Jul 2026 3.31 AM
Kuala Lumpur, 11 Jun 2021 - Polis menahan pemilik akaun Instagram dikenali sebagai ‘safieyillias94’ semalam kerana disyaki melakukan komunikasi lucah dan amang seksual melibatkan kanak-kanak di bawah umur.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-video-tular-polis-tahan-pemilik-akaun-instagram-saffieyillias94
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 23:26 MYT

Kuala Lumpur, 11 Jun 2021 - Polis menahan pemilik akaun Instagram dikenali sebagai ‘safieyillias94’ semalam kerana disyaki melakukan komunikasi lucah dan amang seksual melibatkan kanak-kanak di bawah umur.

Tanpa mendedahkan butiran tempat suspek ditahan, Ketua Polis Daerah Kajang, ACP Tuan Mohd Zaid Hassan berkata, pihaknya akan membuat permohonan reman suspek, hari ini.

“Beri masa kepada pihak kami untuk menjalankan siasatan berhubung kes ini,” katanya.

Perbuatan itu dikatakan berlaku baru-baru ini, semasa pemilik akaun Instagram berkenaan mengadakan sesi perbualan dan sidang video secara langsung disertai pengguna Instagram bernama 'pipinatasha' dan dua kanak-kanak bawah umur.

Kedua-dua mereka turut menunjukkan cara menghisap vape atau rokok elektronik kepada kanak-kanak terbabit.

Sumber: BERNAMA


Artikel Pilihan Video Tular Polis Tahan Pemilik Akaun Instagram Saffieyillias94
ArticlePublished 11 Jun 2021 6.20 AMUpdated 17 Jul 2026 3.31 AM