Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Biarjasajadikenangan Artikel Pilihan Dua Polis Wanita Jadi Bidan Terjun

Diterbitkan: 11 Jun 2021 8.35 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.35 AM
Kota Samarahan, 11 Jun 2021 - Dua anggota polis yang bertugas di sekatan jalan raya di Expressway Kuching-Samarahan benar-benar menjadi 'bidan terjun' apabila menyambut kelahiran seorang bayi perempuan yang dilahirkan di dalam kereta malam tadi.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/biarjasajadikenangan-artikel-pilihan-dua-polis-wanita-jadi-bidan-terjun
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 02:26 MYT

Kota Samarahan, 11 Jun 2021 - Dua anggota polis yang bertugas di sekatan jalan raya di Expressway Kuching-Samarahan benar-benar menjadi 'bidan terjun' apabila menyambut kelahiran seorang bayi perempuan yang dilahirkan di dalam kereta malam tadi.

Kedua-dua anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Samarahan membantu seorang wanita berusia 26 tahun dari Kampung Semera Ulu, Asajaya, yang sebelum itu dalam perjalanan ke Hospital Umum Sarawak bersama suaminya berusia 28 tahun.

Lans Koperal Noor Fatihah Azelam, 27, berkata tugasnya di sekatan jalan raya itu bermula jam 4 petang hingga 12 tengah malam.

Katanya, kejadian berlaku jam 11.50 malam sebelum dia bakal menamatkan tugasnya dan bergegas membantu selepas dimaklumkan seorang lelaki bahawa isterinya mahu bersalin.

"Sebaik menghampiri kereta, saya melihat wanita itu sudah melahirkan anak dan dalam keadaan berdarah.

"Saya membantu merungkaikan tali pusat yang berbelit di leher bayi itu," katanya ketika dihubungi hari ini.

Menjelas lanjut, katanya, dia dibantu Koperal Perakson Jennie, 40, menyelimutkan bayi berkenaan yang menangis kesejukan menggunakan tuala.

Bacaan lanjut di pautan seperti berikut, https://www.bharian.com.my/…/dua-polis-wanita-jadi-bidan-te…

Sumber: Berita Harian Online dan Affy Johari

#BiarJasaJadiKenangan

May be an image of baby

May be an image of one or more people, people standing, car and outdoors

May be an image of 1 person, sitting and headscarf

May be an image of 1 person, sitting and headscarf

ArtikelDiterbitkan 11 Jun 2021 8.35 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.35 AM