Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Artikel Pilihan Video Tular Polis Tahan Lelaki Tunjuk Kemaluan

Diterbitkan: 11 Mar 2021 2.49 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kota Bharu, 11 Mac 2021 - Polis menahan seorang lelaki yang dipercayai pesakit mental selepas bertindak di luar kawalan dengan menunjukkan kemaluannya kepada tiga orang jurujual wanita di sebuah premis menjual alat telekomunikasi di Jalan Pintu Pong di sini semalam.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-video-tular-polis-tahan-lelaki-tunjuk-kemaluan
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 02:29 MYT

Kota Bharu, 11 Mac 2021 - Polis menahan seorang lelaki yang dipercayai pesakit mental selepas bertindak di luar kawalan dengan menunjukkan kemaluannya kepada tiga orang jurujual wanita di sebuah premis menjual alat telekomunikasi di Jalan Pintu Pong di sini semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan, ACP Tuan Wan Khairuddin Wan Idris berkata, lelaki yang berusia 26 tahun itu ditahan selepas polis menerima laporan daripada salah seorang mangsa berusia 31 tahun yang berada di lokasi kejadian.

Katanya, siasatan mendapati, kejadian itu berlaku kira-kira pukul 2.30 petang ketika mangsa sedang bekerja bersama dua rakannya dan berada di kaunter premis tersebut.

“Mangsa secara tiba-tiba didatangi oleh lelaki terbabit dalam keadaan separuh bogel sambil memegang kemaluannya.

“Lelaki terbabit kemudian melompat di atas kaunter dan masuk ke dalam kawasan kedai. Terkejut melihat tindakan itu, ketiga-tiga jurujual itu terus keluar dari kedai dan menghubungi pihak polis,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Tuan Wan Khairuddin berkata, selepas menerima maklumat, polis segera menjalankan gerakan mengesan lelaki terbabit sebelum berjaya menahannya kira-kira 10 minit kemudian berhampiran lokasi kejadian.

Suspek berjaya ditahan kira-kira 10 minit selepas menunjukkan kemaluannya kepada tiga orang jurujual di Jalan Pintu Pong, Kota Bharu semalam.

Katanya, suspek terus dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) di sini untuk pemeriksaan dan rawatan lanjut.

“Siasatan awal mendapati suspek tinggal bersama keluarga di rumahnya yang terletak berhampiran kedai berkenaan.

“Sebelum ini, lelaki itu pernah dirawat di HRPZ II kerana mengalami masalah kemurungan dan mental malah dia juga baru seminggu keluar dari wad hospital,” katanya.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan kerana perbuatan mengaibkan.

Sumber: Kosmo Online

No photo description available.


ArtikelDiterbitkan 11 Mar 2021 2.49 PMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM