Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Artikel Pilihan Video Tular Polis Kesan Tiga Lelaki Bergaduh Di Kedai Makan

Published: 02 Apr 2021 3.33 PM Updated: 17 Jul 2026 3.31 AM
Kota Bharu, 2 April 2021 - Polis sedang mengesan tiga lelaki yang dipercayai terlibat dalam satu pergaduhan dekat sebuah kedai makan di Kok Lanas.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-video-tular-polis-kesan-tiga-lelaki-bergaduh-di-kedai-makan
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 12:20 MYT

Kota Bharu, 2 April 2021 - Polis sedang mengesan tiga lelaki yang dipercayai terlibat dalam satu pergaduhan dekat sebuah kedai makan di Kok Lanas.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, ACP Tuan Abdul Rahim Daud berkata, video mengenai kejadian itu tular di media sosial pada Jumaat.

“Pada jam 2 petang tadi (Jumaat), seorang pegawai kanan kami melihat video berdurasi 31 saat itu dan ia menunjukkan ada pergaduhan berlaku melibatkan tiga lelaki di depan sebuah kedai di sini.

“Video bertajuk ‘Video pergaduhan melibatkan tiga lelaki dikatakan berlaku di Kok Lanas, Ketereh, Kelantan tular di media sosial’ itu menunjukkan dua lelaki dipercayai memukul seorang lelaki lain menggunakan topi keledar.

“Bagaimanapun, tiada pihak yang tampil memberi maklumat kepada kami.

“Oleh itu, laporan polis berkenaan dibuat pegawai kanan kami bagi membolehkan satu siasatan lanjut dijalankan,” katanya.

Menurutnya, polis sedang mengesan suspek dan mangsa bagi membantu siasatan.

Kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.

Sumber: Sinar Harian

Artikel Pilihan Video Tular Polis Kesan Tiga Lelaki Bergaduh Di Kedai Makan

ArticlePublished 02 Apr 2021 3.33 PMUpdated 17 Jul 2026 3.31 AM