Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Artikel Pilihan Video Tular Polis Kesan Lelaki Sepak Gelandangan

Diterbitkan: 22 Jan 2022 1.46 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 2.23 AM
Kuala Lumpur, 22 Januari 2022 - Polis sedang mengesan seorang individu yang bertindak kasar terhadap gelandangan di ibu negara itu, baru-baru ini.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-video-tular-polis-kesan-lelaki-sepak-gelandangan
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 22:24 MYT
Kuala Lumpur, 22 Januari 2022 - Polis sedang mengesan seorang individu yang bertindak kasar terhadap gelandangan di ibu negara itu, baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Tuan Noor Dellhan Yahaya berkata, tindakan lelaki itu tular selepas rakaman video berdurasi 30 saat dimuat naik di Facebook.

Katanya, video itu menunjukkan seorang gelandangan dikasari oleh individu di hadapan pusat membeli-belah Lot 10, Bukit Bintang.

"Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Dang Wangi sudah menjalankan pengesanan ke atas individu yang terbabit sebaik saja video itu tular dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

"Polis memohon mana-mana individu yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian ini tampil bagi membantu siasatan," katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.

Menurutnya, jika terdapat sebarang maklumat berkaitan jenayah, boleh disalurkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di talian 03-26002222 atau hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-21159999 atau mana-mana balai polis yang berhampiran.

Bacaan lanjut di pautan seperti berikut, https://www.hmetro.com.my/.../polis-kesan-lelaki-sepak...

Sumber: Harian Metro
ArtikelDiterbitkan 22 Jan 2022 1.46 PMDikemas kini 17 Jul 2026 2.23 AM