Article
Artikel Pilihan Video Tular Polis Kesan Lelaki Sepak Gelandangan
Kuala Lumpur, 22 Januari 2022 - Polis sedang mengesan seorang individu yang bertindak kasar terhadap gelandangan di ibu negara itu, baru-baru ini.
Kuala Lumpur, 22 Januari 2022 - Polis sedang mengesan seorang individu yang bertindak kasar terhadap gelandangan di ibu negara itu, baru-baru ini.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Tuan Noor Dellhan Yahaya berkata, tindakan lelaki itu tular selepas rakaman video berdurasi 30 saat dimuat naik di Facebook.
Katanya, video itu menunjukkan seorang gelandangan dikasari oleh individu di hadapan pusat membeli-belah Lot 10, Bukit Bintang.
"Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Dang Wangi sudah menjalankan pengesanan ke atas individu yang terbabit sebaik saja video itu tular dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.
"Polis memohon mana-mana individu yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian ini tampil bagi membantu siasatan," katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.
Menurutnya, jika terdapat sebarang maklumat berkaitan jenayah, boleh disalurkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di talian 03-26002222 atau hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-21159999 atau mana-mana balai polis yang berhampiran.
Sumber: Harian Metro