Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Artikel Pilihan Video Tular Polis Kesan Dua Remaja Terbabit Kejadian Pukul Sepak

Published: 03 Apr 2021 5.52 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Tanah Merah, 3 April 2021 - Polis sedang mengesan dua remaja perempuan yang terbabit dalam kejadian memukul seorang gadis dalam kejadian dikatakan berlaku di daerah ini.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-video-tular-polis-kesan-dua-remaja-terbabit-kejadian-pukul-sepak
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 20:32 MYT

Tanah Merah, 3 April 2021 - Polis sedang mengesan dua remaja perempuan yang terbabit dalam kejadian memukul seorang gadis dalam kejadian dikatakan berlaku di daerah ini.

Dalam video tular sejak semalam itu, mangsa yang dipercayai berusia belasan tahun ditolak dan disepak berkali-kali oleh dua remaja terbabit.

Ketua Polis Daerah Tanah Merah, DSP Zainuddin Md Yusuf berkata, setakat ini pihaknya belum menerima sebarang laporan berhubung kes berkenaan, tetapi dimaklumkan ia berlaku di daerah ini.

"Mangsa juga masih belum dikenal pasti dan kita sedang berusaha mengesan semua mereka terbabit," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Dalam video berdurasi 30 saat itu, seorang remaja perempuan dilihat menolak dan kemudian menyepak mangsa beberapa kali.

Mangsa yang tidak melawan kemudiannya dipukul seorang lagi remaja lain dan menerusi audio rakaman itu juga, video itu dibuat untuk mengugut mangsa.

Tuan Zainuddin berkata, pihaknya akan menjalankan siasatan lanjut walaupun tidak menerima laporan kes berkenaan.

ArticlePublished 03 Apr 2021 5.52 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM