Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Artikel Pilihan Video Tular Polis Kesan Dua Lelaki Hina Nabi Muhammad Saw Di Media Sosial

Published: 21 Mar 2023 9.05 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kajang, 21 Mac 2023 - Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, mengesahkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sudah memulakan siasatan berhubung kes video tular di media sosial membabitkan dua lelaki dipercayai menghina Nabi Muhammad SAW.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-video-tular-polis-kesan-dua-lelaki-hina-nabi-muhammad-saw-di-media-sosial
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 13:34 MYT
Kajang, 21 Mac 2023 - Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, mengesahkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sudah memulakan siasatan berhubung kes video tular di media sosial membabitkan dua lelaki dipercayai menghina Nabi Muhammad SAW.

Beliau berkata, laporan berhubung kes terbabit diterima pihak berkuasa yang kini berusaha mengenal pasti pelaku dalam video itu.

"Saya sahkan PDRM ada terima laporan mengenai video tular itu dan kini sudah memulakan siasatan mengenainya.

"Kita akan beri keutamaan kepada siasatan kes ini yang tentunya tidak sihat sama sekali dalam konteks amalan beragama di negara ini," katanya selepas Majlis Sambutan Hari Penjara ke-233 di Maktab Penjara Kajang, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas satu rakaman video dua lelaki dipercayai menghina Nabi Muhammad yang tular di media sosial, baru-baru ini.

 
ArticlePublished 21 Mar 2023 9.05 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM